SAHAM AMANAH SABAH? SIAPA YANG SALAH? Saya merasa agak hairan kini isu SAS kembali ditaburkan, kononnya Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee yang merupakan Ketua Menteri 1996-1998 merupakan individu yang patut di pertanggungjawabkan terhadap kerugian shareholder. Walhal perkara ini sudah dijawap berulang kali dan SAPP telah meminta agar kertas putih dikeluarkan di Dewan Undangan Negeri bagi menjelaskan kekeruhan sebenar. Agar dokumen-dokumen berkenaan dapat menjadi tatapan umum. Bagaimanapun cubaan demi cubaan membawa usul tersebut dipandang sepi oleh DUN Sabah. 
Maka berikut adalah jawapan yang disiarkan di media tempatan daripada Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee dan juga daripada Ketua Penerangan SAPP En. Chong Pit Fah yang memberikan jawapan terhadap isu ini sebagai respon kepada Tan Sri Harris Salleh mengeluarkan kenyataan pada  2015. 
 Yong nafi dakwaan Harris mengenai tanah, saham KOTA KINABALU, Julai 26, 2015: Bekas Ketua Menteri Datuk Seri Yong Teck Lee menafikan beliau merampas tanah yang disimpan untuk rakyat Sabah dan memansuhkan saham Yayasan seperti didakwa oleh seorang lagi bekas Ketua Menteri, Tan Sri Harris Salleh. “Ia tanda seorang yang bingung untuk mengatakan bahawa saya, melalui tindakan saya (Yong) yang merampas lebih 900.000 ekar (tanah) untuk rakyat Sabah dan pemansuhan lebih 400,000 sijil saham Yayasan,” kata Yong yang juga presiden Parti Maju Sabah (SAPP). Malah, katanya, semasa tempoh jawatannya sebagai Ketua Menteri dari Mei 1996 hingga 1998, sebanyak 48,000 kes tanah kepada rakyat Sabah, kebanyakannya Geran Anak Negeri (NT) telah diluluskan. “Harris harus meminta kerajaan Sabah sekarang untuk menyiarkan seraua data dan rekod unah dari 1963 hingga sekarang siapa yang meluluskan tanah kepada slapa dan merampas tanah dari siapa. “Selain itu, Harris boleh menggesa kerajaan Sabah untuk memberitahu kepada semua, apa yang berlaku kepada sijil saham Yayasan Sabah itu,” kata Yong mengulas kenyataan Harris Jumaat lepas. Yong berkata, pada masa lalu, beliau mengetepikan pembohongan terhadapnya kerana beliau berfikir bahawa tiada sesiapa akan percaya pembohongan itu. “Tetapi lama-kelamaan, pembohongan seperti insiden SAS yang disebarkan oleh bekas Timbalan Ketua Menteri Dr Yee Moh Chai, mula dianggap benar. “Dengan itu, kita harus memastikan kebenaran akan mengatasi pembohongan seperti rasuah ‘RM50 juta’ itu,” katanya, merujuk kepada iklan meminta maaf secara terbuka baru-baru ini yang dikeluarkan oleh Adun Likas, Junz Wong sebagai sebahagian daripada penyelesaian luar mahkamah dalam saman yang dibuat oleh Yong terhadap Wong kerana fitnah dalam Pilihan Raya Umum terakhir. Harris dilaporkan menegur Yong kerana terlalu emosi dan bukannya menumpu kepada isu apabila memberi reaksi kepada kenyataannya tentang usaha kini untuk mendapatkan hak 40 peratus Sabah. Tentang isu Labuan, Harris berkata rakyat Sabah dapat melihat dengan jelas tindakan mana yang lebih serius – “kerajaan Berjaya menyerahkan Labuan dan beberapa agensi kepada kerajaan persekutuan atau tindakan PBS (kerajaan Parti Bersatu Sabah) dan Yong (yang merupakan seorang menteri kanan semasa zaman kerajaan PBS) yang merampas lebih 900,000 ekar yang disimpan untuk rakvat Sabah dan pemansuhan lebih 400.000 sijil saham Yayasan.” Harris berkata Yong tentu dapat menuntut atau meminta kerajaan persekutuan untuk menyerahkan semula Labuan serta agensi-agensi yang diserahkan oleh kerajaan Usno dan Berjaya ketika beliau (Yong) bersama dengan PBS dan kemudian sebagai Ketua Menteri - 26/07/2015 Harian Ekspres
http://www.sapp.org.my/bm/150726_yong_nafi_dakwaan_harris_mengenai_tanah_saham.asp
KOTA KINABALU, Ogos 20, 2015: Ketua Penerangan Parti Maju Sabah (SAPP),Chong Pit Fah pada Rabu berkata bekas Ketua Menteri Tan Sri Harris Salleh sekali lagi silap kerana membabitkan presiden partinya, Datuk Seri Yong Teck Lee dalam kerugian Saham Amanah Sabah (SAS).  
Beliau berkata Harris harus mendesak kerajaan Sabah menerbitkan satu kertas putih untuk menyelesaikan isu itu.
"Harris sekali lagi silap dalam mendakwa bahawa transaksi antara Warisan Harta berhubung saham North Borneo Trading menyebabkan ramai pelabur hilang simpanan mereka sebanyak kira kira RM300 juta.
"Perkara seperti itu tidak berlaku," katanya merujuk kepada skandal Saham Amanah.
Harris pada Selasa lepas mendakwa harga saham Saham Amanah Sabah jatuh dengan ketara kepada RM5.40 daripada tawaran awal permulaan (IPO) sebanyak RM31.50, apabila Warisan Harta membeli tiga juta daripada saham North Borneo Trading pada 1998.
Pembelian itu menyaksikan kerugian lebih RM300 juta, dana yang kebanyakannya datang daripada simpanan pelabur yang merupakan penduduk bandaraya. 
Harris berkata ia berlaku ketika Yong menjadi Ketua Menteri.
Chong mengingatkan, terdapat satu perdebatan antara Harris dan Yong pada Oktober 2013, di mana Harris nampaknya puas hati dengan jawapan Yong bahawa tiada kerugian dialami oleh pelabur dalam isu saham Warisan Harta North Borneo itu.
Menurut Chong,ia adalah, respon Harris apabila Yong menunjukkan keratan akhbar tentang perbicaraan kes fitnah antara beliau dan bekas Timbalan Ketua Menteri Datuk Dr Yee Moh Chai terhadap skandal itu.
"Demi kepentingan kebenaran, SAPP juga menggesa satu kertas putih dibuat untuk mendedahkan fakta mengenai isu itu dan isu Saham Amanah Sabah itu tetapi kerajaan enggan melakukannya atas sebab-sebab yang hanya diketahui mereka.
"Malah, Dr Yee yang mendakwa memperjuangkan topik itu selepas menyelidik isu tersebut dengan menyeluruh semasa sembilan tahunnya dalam Kabinet Sabah juga senyap, jelas sekali sebab beliau mendapati tiada apa apa untuk membabitkan Yong," katanya.
seperti di siarkan:  
http://www.sapp.org.my/bm/150820_harris_silap_kaitkan_yong_dalam_kerugian_sas.asp

0 comments:

Post a Comment