BERIKUT ADALAH PHOTO KEADAAN JALANRAYA DI SABAH, INIKAH DIKATAKAN PEMBANGUNAN?
Tidakkah Sabah berhak mendapatkan layanan yang baik setelah janji-janji pembangunan pada awal kemerdekaan? Sekiranya kita tidak menandatangani perjanjian Minyak pada 14 Jun 1976, semua ini tidak akan berlaku. Tetapi Sabah menyerahkan 95% minyak dan hasilnya kita hanya memperolehi 5% yang mana itu merupakan rompakan disiang hari oleh Federal Malaya. Sektor korporat dan pemilikan kekayaan dimiliki oleh orang-orang Melayu di Semenanjung, sementara rakyat Sabah hanyalah permainan politik pecah dan perintah.
Sekaligus kita terhumban ke kancah kedaifan yang tidak sepatutnya berlaku kepada sebuah negara pengeluar Minyak seperti Sabah. Baik kita tinjau keadaan negara lain yang tidak menyertai Malaysia iaitu Singapura dan Brunei. Kedudukan mereka kini adalah negara ke-3 dan ke-6 terkaya didunia.
Dalam kedudukan 10 negara terkaya didunia, dengan pendapatan tahunan rakyat tertinggi, kadar hutang rendah daripada KDNK negara tersebut merupakan suatu cerminan untuk kita hayati. Apatah lagi bila anda melihat 5 buah negara yang tersenarai sebagai top 10 adalah negara yang menjadikan Petroleum dan Gas Asli sebagai penyumbang kekayaan seperti Qatar, Norway, Brunei, UAE dan Kuwait. dan dari senarai 5 negara itu, 4 daripadanya di Asia.
6 dari negara terkaya didunia ialah di Asia (2 Asia Tenggara), 1 Amerika dan 3 lagi di Eropah (Luxembourg, Norway dan Switzerland.
Bagaimana mungkin, sebuah negara seperti Sabah tidak tersenarai dalam 20-50 negara terkaya didunia tetapi disenaraikan pula sebagai TERMISKIN oleh Bank Dunia?
0 comments:
Post a Comment