3:55 AM
0
Begitu berat tanggungjawab setiap suami dan ibu yang berusaha mencari sesuap nasi dan menyekolahkan anak. Tentu sekali mereka mengimpikan anak-anak itu selesa belajar, terpelihara makan pakainya, pengorbanan sang bapa dan sang ibu yang sanggup melakukan apa saja untuk membesarkan anak mereka. Tambahan lagi dizaman ini dengan kos sara hidup makin meningkat dan GST yang terus menghimpit kehidupan.

Begitupun jauh nun di penghujung Pantai Barat Selatan Sabah, bersempadan dengan Sarawak, di Sipitang, dibalik ombak membelah pantai, dan banjaran Crocker menjajar di sisinya, 1552 pekerja SFI masih mengharapkan penyelesaian dalam kemelut yang berlarutan sejak Oktober 2016 sehingga kini.

Terkini WINDING-UP telah dikeluarkan kepada SFI dan tarikh akhir pada 13hb march 2017.

PERHIMPUNAN YANG DIANJURKAN OLEH BBPSFI (4/3/2017, 5PM)
En Kamal Mustapha ketua Jawatankuasa Badan Bertindak Pekerja SFI (BBPSFI) berkata, kegagalan pihak BILT pemilik Saham terbesar SFI melunaskan kenaikkan gaji pekerja tahun 2016, gagal membayar gaji secara berfasa dan gagal mengunakan peratusan serta kelewatan pembayaran gaji telah melanggar GTACS (general term and condition service) menjadi punca pekerja terhimpit dalam tekanan kehidupan.

Winding-up daripada sebuah syarikat kontraktor KINTA INSAN juga menuntut hak mereka dimana pemilik saham terbesar SFI BILT telah gagal atau lewat melunaskan hutang bernilai jutaan ringgit kepada syarikat terbabit.

Ini amat merisaukan 1552 org pekerja SFI , BBPSFI telah mengambil langkah-langkah perlu mengikut saluran yang betul dengan mengadukan laporan kepada Jabatan Tenaga Kerja (JTK) daerah, JTK pusat, S/U kerajaan Negeri Sabah juga telah mengajukan laporan kepada pihak berwajib MIDA, EPU dan MITI supaya mengkaji semula pelaburan BILT keatas SFI.

KAMAL MENYATAKAN SESUATU KEPADA RAKAN-RAKAN BELIAU
Walaubagaimanapun kemelut terus berlanjutan,apa yg pekerja SFI inginkan di harap ada pihak berwajib yang tampil untuk menyelesaikan isu ini yg membabitkan 1552 pekerja SFI yg dalam keresahan. Berikutan dengan itu satu perhimpunan diadakan di luar Gate 3 SFI pada 4 Mac kira-kira jam 5 petang dan dihadiri sebahagian pekerja yang diketuai oleh Kamal bagi menyatakan kerisauan mereka terhadap isu yang tiada penghujungnya.

Bilakah episod ini akan berakhir? Pengujudan sebuah kilang di Sabah tentu sekali menjanjikan pekerjaan, meskipun kerja yang berisiko tinggi seperti Kilang SFI ini, tetapi sekurang-kurangnya jaminan kehidupan. Begitupun, setial hari adalah seperti mereka sedang bermimpi buruk dan pasrah untuk menunggu hari bertukar siang secepatnya dengan kehadiran mentari pagi. Semoga mereka terus tabah dan ada pihak yang sudi mendengar keluhan 1552 pekerja SFI.

0 comments:

Post a Comment