LAWATAN KE MUZIUM SABAH PADA 17 DIS 2016
DSP YONG TECK LEE DAN FAKULTI KEM EVO YANG PERTAMA JUN 2015
EVO CAMP yang menutup tirainya pada 18hb Disember lepas merupakan inisiatif Parti Maju Sabah (SAPP) setelah menyedari banyak fakta sejarah Sabah masih terlalu jauh untuk digapai oleh anak-anak Sabah.  
MEDIATOR MEMBERIKAN PERANGAN DI WAR MEMORIAL
ARKIB NEGERI SABAH MENYIMPAN BANYAK KHAZANAH
Team Pergerakan Pemuda SAPP akhirnya menubuhkan Jawatankuasa bertindak yang dipanggil AKADEMI EVO yang ditugaskan untuk merangka jadual dan perjalanan Kem bersesuaian dengan tempoh masa hanya 3 hari bagi setiap Kem. Setakat ini 7 Kem Evo telah dilaksanakan, 5 kem tahun lalu (2015) termasuk Kem Kepimpinan Evo di Keningau dan 2 bagi tahun 2016 dimana salah satu diadakan di Kundasang pada 2-4 Dis, 2016 dan terakhir di Kota Kinabalu 16-18 Dis 2016.
UPACARA MENERIMA KADET 5/6/15
DSP YONG BERSALAMAN DENGAN KADET 5/6/2015
Idea Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee ini diterjemahkan dengan kejayaan EVO Camp pertama pada 5hb Jun hingga 7hb Jun 2015 dimana tarikh itu begitu dikenang bersamaan dengan 2 peristiwa penting yang menyayat hati. pada 5 Jun ketika pembukaan Kem, telah berlaku gempa bumi dan mengorbankan banyak nyawa pendaki Gunung Kinabalu. dan Kedua Double Six pada tarikh keesokannya.
BAGAIMANA NAMA "EVO CAMP" DIGUNAKAN
SALAH SATU LOKASI WAJIB DILAWATI
MENARA TUN MUSTAPHA/YAYASAN SABAH
PERSEMBAHAN PASUKAN CIPTAAN LOGO
Mengimbas ketika kita mengorak langkah menganjurkannya, banyak perkara perlu kami pertimbangkan, antaranya Penginapan, pusat latihan dan program lawatan. Oleh itu, saya telah menugaskan tugasan yang berat kepada setiap anggota EXCO untuk melancarkan semua rancangan yang baru saja diwarnakan di dalam Mesyuarat pertama pada bulan Februari 2015, iaitu lebih 3 bulan sebelum pelaksanaan Pilot EVO CAMP. pada asalnya kami menamakannya dengan pelbagai nama, seperti Kem Belia, Kem Sejarah, Tunas Sejarah, Tunas Belia Sabah dan Kem Evolusi, Kami memilih EVOLUSI bersesuaian dengan konsep bahawa Kem ini harus berevolusi dan pesertanya juga akan membawa evolusi dalam kehidupan mereka. Tetapi kemudian kami mengubahnya kepada Brand lebih baik iaitu "EVO CAMP".
BAGAIMANA PESERTA DIPANGGIL SEBAGAI "KADET" dan "SKAF UNGGU" DIPAKAI
Pada kem yang lepas sejak tahun 1998, kita menggelar yang menyertai Kem sebagai PESERTA sahaja, dan sebaik tamat Kem mereka dipanggil GRANDUAN KEM BELIA atau singkatannya GKB. 
Tetapi bagi EVO CAMP kita mencadangkan peserta ini dipanggil KADET kerana mereka merupakan "mediator" selepas itu yang akan terus merekrut kadet baru untuk kesinambungan kem. sebaik tamat, mereka akan terus dipanggil sebagai Kadet atau Mediator Cadet.Walaupun percubaan ini nampak meyakinkan, kita agak ragu-ragu penerimaan masyarakat selepas itu. Tetapi akhirnya ianya diterima dengan cukup baik.
Kadet melawat ke Memorial Double Six
Bagi melengkapkan Kadet, Skaf dari kain berwarna unggu berbentuk segitiga dan dilengkapi jalur kuning dibuat, sebagai tujuan PENANDA KADET. Kerana dalam masa sesingkat 3 jam, kadet ini akan dibawa membuat lawatan, sudah pasti akan berlaku kesukaran mengenal pasti peserta jika tidak ditanda, maka lahirlah idea memakaikan kadet dengan kain Skaf berwarna unggu dan berjalur Kuning. 
Menara Jam Atkinson, mercu tanda Jesselton
Warna unggu dipilih kerana ianya merupakan lambang perpaduan seperti didalam logo SAPP terdapatnya Garisan empat Segi berwarna unggu sebagai sempadan Logo, dan jalur kuning adalah memberikan makna warna kuning sebagai Cahaya menerangi kehidupan mereka kelak, iaitu warna Matahari yang juga merupakan salah satu ciri logo Parti dan kuning merupakan warna uniform no.2 parti.
Dr Jeffery bersama Kadet di Keningau
Sekeping Badge SAPP dilekatkan di bahagian penjuru Skaf merupakan satu lagi ciri yang tidak disengajakan. En. Chong Pit Fah Ketua Penerangan Parti menyerahkan kepada saya sebakul badge kain yang boleh diseterika ke Baju pada bulan Mei 2015. Dari badge kain itulah sebenarnya kita gunakan untuk melengkapkan skaf. Tidak cukup dengan itu, buckle atau pengikat Skaf juga merupakan suatu penemuan yang tidak disengajakan. 
Suatu hari saudara Malah Kakitangan White House meletakkan beberapa kepingan badge SAPP yang rosak atau kehilangan pin penyangkut. Saya bertanya kepadanya berapa banyak yang ada. Maka dia kumpulkan lebih dari 200 keping, dan itu menjadikan buckle atau pengikat yang diperbuat dari PVC Pipe.
Lawatan ke Arkib Negeri Sabah
ORANISASI EVO
Terdapat dalam 4 bahagian penting iaitu  (Bahagian Pertama) Bahagian Sekretariat - menguruskan pendaftaran peserta, termasuk menyediakan semua kelengkapan seperti Name Tag, buku nota, Sijil dan persediaan melengkap kursus seperti kertas, nota lagu, CD, dan surat menyurat kepada pihak berkenaan.
Kadet menambah ilmu di Perpustakaan Kota Kinabalu
(Bahagian kedua) Pengurusan - menyediakan makanan, Penginapan, pengangkutan, kerusi meja, Dewan Kuliah, Dewan Makan, Dapur, kewangan dan Tshirt, Kecemasan dan sebagainya.  (Bahagian ketiga) Fakulti Pendidikan - merangka pelaksanaan Program, Kursus, menyediakan penceramah, menyedia pengisian program, menguruskan Fasilitator, mediator, permainan Team Building, Latihan nyanyian, Menguruskan Teater EVO, mengurus kaunseling, Disiplin Kem, upacara Pembukaan dan penutupan. 
Simulasi merupakan satu latihan "pemikiran kritikal"
(Bahagian keempat) MEDIA - membuat pengiklanan di media sosial, membuat video pendek, merakamkan photo, menguruskan Page EVO CAMP dan bahan-bahan penting dalam media. Keempat-empat komponen ini bergerak seiring dan saling bantu membantu bagi memastikan kelicinan perjalanan program.
Kadet Angel menerangkan tindakan dalam Simulasi
PROGRAM 3 HARI 2 MALAM
Hari Pertama:
PENDAFTARAN PESERTA AKAN DIBUKA PADA HARI PERTAMA, JAM 8.00 PAGI HINGGA 10.00 PAGI, begitupun terdapat juga peserta yang datang dari jauh hingga ke Pantai Timur yang lewat dari jadual, pihak pengurusan terpaksa menguruskan kemasukan Kadet ini dengan kadar segera. 
Kadet dalam sesi Lawatan ke Muzium Keningau
Pada sebelah petang, lawatan ke Arkib Negara dan Negeri akan dibuat, dan peserta akan diberikan taklimat khusus oleh Pegawai Arkib sendiri, berkaitan peranan mereka menyimpan khazanah dan dokumen penting sebagai bahan rujukan. Kadet akan mendapat pendedahan awal, kemanakah arah tuju mereka sekiranya mereka bermaksud mencari maklumat penting untuk pelajaran atau semasa mereka menuntut di Universiti serta bagi tujuan mengambil Master kelak.
SUASANA PENDAFTARAN EVO DI KUNDASANG 2/12/16
Pada sebelah malam. Kadet akan diberikan maklumat-maklumat dan soalan-soalan penting untuk MENILAI sejauh mana pengetahuan mereka berhubung sejarah SABAH. Ini adalah mustahak bagi menilai keseluruhan tindakan pihak Fakulti bagi membantu mereka dalam pendidikan selanjutnya. 
CIK MATHILDA KADET NITA KUNDASANG 4/12/16
SUASANA PAGI DI KEM EVO KUNDASANG 3/12/16
EVO GAMES DI KEM EVO KEDUA DIS 2015 KK
SIMULASI: dalam sesi ini, Kadet berikan penceritaan yang membawa mereka bayangan keadaan dan mereka perlu membuat keputusan kritikal untuk membuat pilihan penting. Bagaimanapun pilihan mereka tentu akan ditentang oleh pasukan lain dan ini memberikan ruang untuk kita melihat perkembangan minda dan emosi mereka di dalam suasana itu. Tentu terdapatnya perasaan marah, kecewa dan panas dengan perdebatan. Ini sebagai langkah menyediakan mereka untuk masa akan datang bagaimana mengawal emosi dan memberikan hujah yang tidak boleh disangkal.
UPACARA BERSURAI DI KENINGAU 2015
Hari kedua: Kadet akan melawat mengikut jadual iaitu ke Monumen 66, Muzium 66, Muzium Sabah, Library, Tg Aru, dan monumen peringatan yang terdapat di Bandaraya seperti Atkinson Clock Tower, war memorial dan sebagainya. Kesemua perjalanan ini adalah untuk mencari jawapan bagi soalan-soalan yang diberikan oleh Fakulti.
EVO KUNDASANG 2-4 DIS 2016
Seperti kebiasaannya Kadet akan dibawa kepada permainan EVO yang mendorong setiakawan dan jati diri semangat berpasukan. Di akhir permainan mereka diterangkan apakah maksudnya dan bagaimana hubungan permainan ini dengan kehidupan mereka pada hari esok dan seterusnya. EVO memperkenalkan berbagai bentuk permainan yang menguji kesabaran, mengembangkan kreativiti dan mengukuh jalinan persahabatan di kalangan kadet.
Suasana lawatan di Muzium Double Six
Pembentangan ciptaan Bendera
Sesi Isu semasa pada sebelah malam merupakan satu lagi tradisi Kem sejak 1998. Kadet akan memberikan isu-isu yang mereka fikir sedang dihadapi oleh mereka dan masyarakat hari ini. Kita pasti akan dikejutkan dengan lontaran isu daripada mereka. Perkara-perkara yang kritikal dan melibatkan kepakaran turut mereka bincangkan. Kadet kemudiannya diberikan pilihan mengikut isu yang terkumpul untuk dibincangkan. Setelah jangkamasa Bengkel tamat, perdebatan isu akan dibuat dan berbagai cara pasukan untuk mempertahankan pendapat mereka. Suasana akan bertambah panas dan disinilah Fasilitator dan Mediator memainkan peranan untuk mengimbangi suasana tersebut.
Team Pengurusan EVO KK & Keningau selepas tamat Kem
Pada hari terakhir: persembahan kumpulan-kumpulan akan dibuat dalam satu pertandingan. Meskipun dalam masa singkat, mereka mampu memberikan persembahan yang baik. Penilaian akan diberikan berasaskan mesej dan mutu penyampaian keseluruhan. Sebaik persembahan tamat, Kadet akan menerima sijil masing-masing dan upacara bersurai akan diadakan bagi menutup kem tersebut.
MAKLUM BALAS
SURAT DARI KADET 2016
Ada dikalangan kadet menulis surat dan mempostkannya di Facebook berkaitan kem ini selepas mereka tamat kursus, bagi mencapai maksud sebenar Kem, kita tidak lari dari kritikan pencapaian dan juga sokongan untuk kem ini dijayakan lagi dimasa akan datang. antara surat yang kita terima dari seorang peserta di Kota Marudu yang menggambarkan betapa kem ini mendatangkan kesan jangka panjang buat dirinya kerana berpeluang belajar sejarah melalui EVO CAMP yang tidak sama dengan kem lain yang pernah disertainya.
MESEJ DIMUATNAIK KE FACEBOOK
seorang lagi peserta yang kini tinggal bersama keluarganya di Sarawak (Ayahnya orang Kuantan dan Ibunya orang Dusun KB) menyatakan bahawa Kem Evo ini telah mengubbah persepsinya terhadap pembelajaran Sejarah, Dan melalui kem ini dia dapat lebih banyak pengetahuan berbanding dengan buku teks yang dibacanya.  MISI SELANJUTNYA
Monumen Malaysia
Meningkatnya permohonan menjadi kadet dikalangan Belia Sabahan membuktikan Kem EVO sudah mencapai objektifnya, bermula dari lontaran dan melihat persepsi masyarakat yang semakin berkembang dan kesedaran mereka berkaitan sejarah menjadi jangkauan dorongan yang semakin memuncak untuk pihak Parti Maju Sabah dan Akademi Evo dibawah Pergerakan Pemuda SAPP terus memberikan perkhidmatannya dan sumbangannya kepada mereka.
Generasi Baru Sabahan
Berdasarkan penilaian Kadet juga sudah memberikan gambaran bahawa EVO Camp suatu masa kelak boleh menjadi institusi pendidikan luar persekolahan yang menarik untuk disertai. Meskipun ianya menelan kos yang besar, ianya merupakan tanggungjawab sosial kerana kita sentiasa terikat dengan kontrak menanamkan jati diri, kesungguhan, keberanian dan keikhlasan dalam perjuangan mengangkat Sabah kembali ke persada sepatutnya sesuai dengan Pembentukan Malaysia melalui Perjanjian Malaysia 1963.
suasana menghiburkan, setiakawan dan kekuatan mental
Semoga suatu masa kelak, impian kami agar subjek Sejarah Sabah menjadi satu subjek wajib di dalam jadual dan sistem persekolahan di Sabah akan termakbul, dan cita-cita kita agar buku-buku teks sejarah Sabah diedarkan kepada murid dan pelajar sesuai dengan bacaan di pelbagai peringkat umur akan terlaksana. Segala sesuatu mesti dan harus dimulakan daripada sekarang, kerana anak-anak Sabahan ini merupakan penerus dan bakal menyambung sumbangan kita pada generasi akan datang. EVO CAMP  

0 comments:

Post a Comment