4:52 AM
0
DARI segi bahasa, istilah ‘autonomi’ bererti sifat atau keadaan boleh memerintah sendiri (the quality or state of being self-governing), atau hak memerintah sendiri (the right of self-government). 

Dulu kata Kerajaan Sabah ni ada autonomi, boleh membuat keputusan sendiri tanpa merujuk kepada kerajaan Malaya. Adakah benar mereka berkuasa, atau hanyalah mematungkan diri menunggu arahan? 

Dato Hishamudin Naib Presiden UMNO dalam kenyataannya berkata "Hanya Najib boleh memutuskan bila pilihanraya di Sabah". Cukup jelas, terang, tak payah pasang spotlight. Beliau membuat kenyataan ini ketika melawat mangsa banjir di pusat pemindahan Sekolah Agama Kg Jawa, Segamat, Johor.

Ini menjadi kontradik kepada isu bahawa kerajaan Sabah adalah kerajaan yang berkuasa penuh menentukan sebarang keputusan. Tidak seperti Sarawak, yang menentukannya sendiri. Mereka hanya memaklumkan kepada Najib selepas keputusan dicapai dan sebelum pengumuman dibuat. Mungkin sebab itulah Sabah digelar 'Simpanan Tetap'? Kerana konsepnya, simpanan tetap disimpan, duduk diam, dan menuai hasil bila genap tempoh simpanan ditetapkan.

Pada 10 Ogos 2015, PM Najib dipetik sebagai berkata, Putrajaya bersedia memberikan kuasa autonomi kepada kerajaan negeri Sabah dan Sarawak. Beliau berkata demikian ketika berucap pada Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kempen Jalur Gemilang 2015 di Padang Merdeka di Kuching, Sarawak. 

Ada pula pihak lain yang bertanya apakah ucapan Najib di Kuching Sarawak pada 10 Ogos 2015 lalu itu bermaksud satu pemberian autonomi yang lebih luas daripada apa yang ada sekarang atau hanya satu penurunan kuasa (delegation of powers)?

Inilah punca kenapa Sabah tidak berupaya memperbaiki keadaan infra yang masih dizaman kolonial di Sabah, malah kerajaan yang lemah ini umpama burung kakaktua yang jinak, diberi basikal mula mengayuh, diberi makan mula mematuk, dipurut-purut menjadi diam.

Sabah mengadakan pilihanraya berasingan bagi Dewan Undangan Negeri sebelum ini sehinggalah keputusan mengadakan pilihanraya Sabah serentak dengan Parlimen dibuat pada 2004.

0 comments:

Post a Comment