12:05 AM
0
Tinggi tinggi Gunung Kinabalu, tinggi lagi sayang sama kamu, apakah hati pemimpin Sabah setinggi gunung kinabalu, atau masih berangan menongkat langit, enggan berpijak di bumi nyata, yang kelak rugi rakyat sengsara.

Melihat senario politik hari ini, BN dilihat kurang keyakinan bagaimanapun pembangkang masih berpecah dan gagal mengambil kesempatan. Rakyat sudah muak, rakyat marah, rakyat menanggung GST, gaji minimum yang rendah, tanah pula dirompak oleh syarikat besar, sementara hasil bumi terus diperkosa Malaya.

Hanya Gabungan Sabah sahaja yang menjadi sandaran, kerana kesedaran pemimpinnya tentang penyatuan kekuatan menentang BN, sementara Warisan dilihat ingin bersendirian bertanding di kesemua kerusi yg bakal menyaksikan 3 hingga 4 penjuru bagi setiap kawasan dan Sabah akan sekali lagi mencipta rekod sebagai sebuah wilayah yang paling ramai calun bertanding. 

Apakah rekod ini satu pencapaian, atau menjadi mimpi ngeri? 

Pada asalnya sebaik pilihanraya ke13 selesai, begitu banyak pihak yang secara lantang mencadangkan dan mencabar agar parti pembangkang tempatan di Sabah bersatu. Rakyat Sabah mula percaya bahawa hanya parti tempatan yang bersatu sahaja yg mampu memberi mereka erti sebenar kemerdekaan dan memperjuangkan hak. Apabila Gabungan Sabah yang terdiri dari SAPP, PCS DAN STAR mula muncul menggandingkan muka lama dan pejuang baru, impian Sabahan nampaknya mula menyinar. Semboyan Sabah For Sabahans menular begitu kuat dan deras. 


Begitupun, setelah Warisan dan parti Harapan muncul, rakyat sabah terus memasang impian semua parti samada bersatu dalam Gabungan, atau bekerjasama sebagai Pakatan besar Gabungan plus. Harapan yang menghidu kemahuan rakyat lebih cepat, akhirnya membuat pengumuman penting di Kuala Penyu untuk menyertai Gabungan Sabah. Penyertaan 4 buah parti dalam Gabungan dengan sendirinya memadamkan prasangka akan berlaku perpecahan besar dalam pilihanraya. Kerana Gabungan Sabah akan meletakkan calun satu kawasan satu calun Gabungan dan tiada pertembungan sesama sendiri oleh parti-parti Gabungan. Gandingan wajah lama dan berpengalaman, dengan pejuang muda dan kalangan profesional, ibarat satu pecutan dalam jentera serangan dalam pilihanraya yg dijangka pada April 2017. 

Beberapa pengundi yg saya temui berkata "parti tempatan yang mau tanding lawan parti tempatan juga, sangat bodoh, tamaha dan mangkali bn sudah tanam supaya bn balik bakuasa'

Begitupun, pandangan beberapa orang itu mungkin sama dengan ramai lagi di luar sana.

Sementara Pergerakan Pemuda 4 buah parti dalam Gabungan mahukan 1 Lawan 1 menentang BN. Mungkinkah ianya boleh berlaku? Masihkah ada masa? Atau free for all? Siapa yang patut disalahkan jika pembangkang gagal bersatu? Adakah wajar menyalahkan yang telah bersatu seperti Gabungan Sabah? Siapa tamak? Orang tamak selalu rugi.

0 comments:

Post a Comment