IBARAT MENJIRUS AIR KE DAUN KELADI, BN SABAH KEKAL JADI TELINGA KUALI. PANTUN YANG SANGAT SESUAI DENGAN BARISAN NASIONAL. TUNTUTAN HAK SABAH OLEH BN HANYALAH OPERA, WATAK SAJA BERTUKAR, JALAN CERITANYA TETAP SAMA, SUNGGUH TENAT.
Teo Chee Kang dalam kenyataannya berkata laporan berkaitan Hak Sabah akan disiapkan pada Mac. Saya masih teringat usikan teman-teman dikala Pairin berkata Laporan RCI siap hujung tahun 2016. Soalannya, adakah saya terlepas pandang, tak terbaca mana siaran akhbar? jawapnya memang dah lesap.
Mari kita jenguk sebentar apakah fungsi Jawatankuasa yang baru ini, dan kenapakah baru saja mulakan operasinya sedangkan pengumuman pengujudannya sudah berlalu lebih sejak tahun lalu. Kenapa mengambil masa begitu lewat sehingga memasuki 2017? Jika isu hak Sabah ini begitu penting kenapa perlu menunggu berbulan lamanya baru mengadakan pendengaran dari parti politik, itupun diadakan secara tertutup? Bukankah ianya hanya bertujuan melengahkan masa? Forum di UMS 2 tahun lalu juga nyata sekali gagal mengubah persepsi kerajaan berkaitan hak Sabah.
Ini sebenarnya membuka kelemahan pentadbiran BN, dan mereka tidak pernah ada kesungguhan melaksanakan tindakan, begitupun yang mereka paling pakar dan paling efisyien hanyalah memastikan projek-projek dan peruntukan dilaksanakan mengikut jadual. Ini sajakah perjuangan mereka sejak kembali berkuasa selepas PRU13?
Semua tindakan selain melibatkan peruntukan kewangan, lembab, tidak bermaya, dan kata orang kampung "syukur-syukur saja".
Saya katakan, 'kerajaan hanya berlakon!' dan ini merupakan lakonan penerus hayat, cubaan untuk mengalihkan perhatian masyarakat terhadap masalah yang lebih besar dihadapi hari ini, ancaman keselamatan di Pantai Timur masih menyinga, 1MDB, GST, kenaikan harga minyak, ketiadaan bekalan minyak masak, kabotaj dan banyak lagi.
Terdahulu di Sidang Dewan Undangan Negeri Nov tahun lepas, Musa berkata kerajaan negeri menyokong pembentukan jawatankuasa di peringkat persekutuan iaitu Jawatankuasa Teknikal dan Jawatankuasa Pemandu bagi mengkaji hak Sabah secara keseluruhan di bawah Perlembagaan Persekutuan Hak Hasil Sabah, Akta Malaysia dan Perjanjian Malaysia 1963.
Jawatankuasa berkenaan ditubuhkan susulan mesyuarat pertama mengenai
pelaksanaan penurunan kuasa kepada Sabah dan Sarawak yang diadakan di
Kuala Lumpur pada Jun tahun lepas yang dipengerusikan Menteri Luar Datuk Seri
Anifah Aman.
Musa berkata kerajaan negeri berpendapat bahawa apa juga semakan
terhadap hak negeri di bawah perjanjian Malaysia 1963 dan Perlembagaan
Persekutuan harus dilakukan berdasarkan kerajaan kepada kerajaan.
"Di samping itu, peranan jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Menteri
Tugas-Tugas Khas Sabah Datuk Teo Chee Kang, khususnya untuk mengkaji
geran khas sejajar dengan Bahagian Empat Jadual Kesepuluh Perlembagaan
Persekutuan telah diperluas secara keseluruhan untuk mewakili kerajaan
negeri dan seterusnya melaporkan kepada kabinet negeri Sabah," katanya.
Musa berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Dr Jeffrey Kitingan
(Star-Bingkor) mengenai pendirian kerajaan negeri tentang mengembalikan
status Sabah dan Sarawak di dalam Artikel 1(2) Perlembagaan Malaysia
kepada yang asal.
Saya katakan, 'Jawatankuasa ini hanyalah untuk menunjuk-nunjuk BN ada buat kerja'
dan saya katakan 'ianya juga akan lenyap selepas ini tanpa tindakan' kerana semuanya akan bergantung pada putrajaya. SESUAI BENARLAH TINDAKAN GABUNGAN MENOLAK JEMPUTAN MEREKA UNTUK PENDENGARAN TERTUTUP BEBERAPA HARI LALU.
Daripada membuang masa dengan hasil yang tak nampak, alangkah baiknya jika perbelanjaan mengadakan mesyuarat yang tiada hasilnya itu diberikan kepada penduduk yang menjadi mangsa banjir!
0 comments:
Post a Comment