5:53 PM
0

Kebenaran pasti muncul di penghujung! Saya dapati parti itu hanya hangat-hangat tahi ayam di sebalik terpaksa menjaga sebuah kewajipan dan kesempatan demi reputasi nama yang baru terbina, alangkah baiknya jika parti Warisan akan terus kekal pada paksi seperti yang di sensasikan "Shafie Apdal Pemimpin Berjiwa Rakyat", menghulurkan bantuan kepada segenap lapisan masyarakat yang memerlukan pertolongan seperti yang berlaku di Pitas sekarang ini, tetapi sejauh mana kesungguhan mereka memperjuangkan nasib Sabahan yang ditindas dan dibuli oleh pemerintah di persekutuan sejak 53 tahun yang lalu.

Jika golongan pemimpin Warisan itu tulus dalam perjuangan, sudah pasti mereka tidak akan buang masa menabur fitnah terhadap parti pembangkang lain khususnya USA yang berhempas-pulas berjuang membela nasib rakyat.

Apakah inti perjuangan parti itu hanya untuk meraih undi kerana mahu mengejar target 96 kerusi pada PRU14 nanti seperti yang dibicarakan oleh presiden Warisan? 

Jikalau inilah dasarnya maka tidak hairanlah apabila gula-gula, manisan dan madu ditaburkan untuk mengaburi dan melelapkan mata yang individu yang kurang bijak, memperdaya dan terpedaya adalah gambling percaturan dunia politik.

Seseorang beritahu saya, "siapa saja pemimpin yang menghulurkan bantuan maka dialah yang saya undi" method berfikir ini masih di takuk lama, dan budaya pemikiran masyarakat inilah yang mengakibatkan kenapa Sabahan terus tertindas oleh pemerintah gila dan parti komponen malaya yang hanya tahu mengambil kesempatan mengisi poket masing-masing tanpa memikir lebih jauh apakah warna nasib yang bakal menimpa generasi Sabahan di masa akan datang

Jaimah Omilin
Kota Belud 25 Jan 2017

0 comments:

Post a Comment