3:53 AM
0
TOLAK UMNO, TOLAK BN, TOLAK PARTI MALAYA. Bagi rakyat di Pedalaman yang menggunakan pengangkutan Keretapi Tenom Beaufort, pemandangan menyedihkan ini bukan lagi satu gurauan.

Ditengah-tengah Kerajaan UMNO terus menipu rakyat Sabah dengan khabar pembangunan dan peruntukan berbillion ringgit, rakyat di pedalaman Sabah hanya menontonnya di berita TV. Meneguk air liur dan mengharapkan perubahan akan berlaku buat mereka.

Setiap masa, di Malaya melihatkan Jalanraya berkembar, bertingkat-tingkat, berlorong-lorong, LRT, MRT dan keretapi laju, umpama menonton sebuah cerita fantasi. Mana tidaknya, anak-anak sekolah, orang tua, wanita, terpaksa berpanas menaiki gerabak tanpa dinding dan keselamatan, kerana tiada pilihan lain.

Bagi yang ingin ke Tenom, terpaksa berhenti di Halogilat bagi bertukar keretapi kerana laluan tersebut tidak bersambung. Inilah yang terpaksa dilalui setiap hari. Sampai bilakah masalah ini akan berakhir, adakah menunggu ada kemalangan dan korban?

Menteri UMNO bila nak naik keretapi Beaufort - Tenom?

0 comments:

Post a Comment