3:32 PM
0
Berada di puncak, turun ke lembah, berenang di lautan politik yang ganas dan mendaki semula tanpa lelah, adalah gambaran seseorang yang kuat, fokus dan mempunyai misi dan visi yang tinggi.


Selama 23 tahun sudah usia parti, dan bagi saya sendiri, 23 menjadi ahli parti ini, berbagai cabaran telah dilalui, kami pernah mengecapi kejayaan dan juga mengharungi kegagalan dengan jiwa bersih dan penuh KETABAHAN. SAPP meninggalkan BN pada 2008, meninggalkan jawatan, kedudukan istimewa dalam kerajaan, peruntukan kewangan untuk pembangunan, memperjuangkan autonomi, Sabah IC, Reformasi Tanah dan Tranformasi Ekonomi berasaskan 20 perkara dan MA63.

Saya dan ramai pemimpin muda serta dari kalangan bumiputera mendapat kepercayaan dari perwakilan dengan memilih kami kekedudukan dalam pimpinan parti, menolak andaian bahawa SAPP adalah parti untuk masyarakat tionghua sahaja. Bagi yang lemah hanya kerana tulisan cina dalam siaran dan iklan kami, adalah mereka yang bongkak dan tidak tahu diri bahawa di Sabah ini, kita lahir dari masyarakat yang majmuk, pelbagai agama, pelbagai budaya dan kepercayaan.

Saya rela menjadi Cina yang memahami budaya Sabahan daripada seorang Bumiputera yang hanya tahu bermain silap mata, di depan baik, di belakang pula mencemuh bangsa lain hanya kerana ketuanya berbangsa lain tanpa melihat keseluruhan organisasi. Mereka ini bukan setakat Badut politik, tapi adalah monyet politik yang  tak sedar diri dan hipokrit.

Dalam perjuangan ini, sesiapa yang Tabah sahaja akan dapat mencapai keinginan dalam perjuangan demi Sabah. Bukan untuk hanya sekadar berjuang bagi jawatan dan kuasa, atau membawa dendam kerana dibuang jawatan, tetapi yang lebih penting, di saat kita tidak lagi ada apa-apa ianya memberikan kami lebih kekuatam untuk berjuang. Tidak ada apa rintangan tidak dapat di atasi kalau jiwa kita bersih, kuat dan bekerja untuk rakyat. Semoga SAPP beroleh kejayaan kembali pada pru14. Tidak ada yang mustahil. Bersama Gabungan Sabah.

SELAMAT ULANG TAHUN SAPP, BERSAMA KITA MEMBANGUN, SERENTAK KITA MAJU!

0 comments:

Post a Comment