11:39 PM
0
GABUNGAN SABAH MENEMPUHI BERBAGAI CABARAN DALAM MENGHARUNGI PERSADA POLITIK SABAH.

Dalam sebuah majlis yang saya anjurkan, turut dihadiri oleh Pengerusi Gabungan Datuk Haji Mohd Noor Mansor, Datuk Seri Wilfred Bumburing Presiden PCS, Datuk Seri Yong Yeck Lee Presiden SAPP, Edward Linggu Tim Presiden Star, Saudara Jalumin Bayogoh, Guandi Kohoi dan Datuk Herman Tiongso (PCS) di sebuah Restoran di Beaufort masih terngiang ungkapan Presiden PCS yang berkata

"Apabila saya menghadiri majlis orang kahwin serta acara lain, orang kampung dan sesiapa juga bilang 'parti-parti pembangkang mesti bersatu hati, bekerjasama', dimana-manapun menyuarakan perkara yang sama. Penyatuan ini adalah kewajian kita, there is 'no turning back', ianya perlu dilaksanakan!'

Di satu majlis lain yang saya hadiri pula Datuk Dr Jeffery Kitingan (STAR) berkata, "kalau kita tidak bersatu hati, maka kita hanya bagi kemenangan percuma kepada BN, pecah dan perintah, Maka rakyat harus berani, bersatulah kita menyelamatkan Sabah Tanah Air Kita"

Datuk Hj Mohd Noor Pengerusi Gabungan Sabah di Keningau sept lepas juga menyeru kepada penyatuan dan berkata "kalau bukan sekarang, bila lagi, mau tunggu kucing bertanduk"

Datuk seri Yong Teck Lee (SAPP), di majlis pelancaran berkata, "Gabungan Sabah adalah jalan terbaik menumbangkan Barisan Nasional, kerana mereka tidak menghormati Perjanjian Malaysia"

Datuk Seri Hj Lajim Ukin (HARAPAN) di Kota Belud baru-baru ini pula berkata "tidak ada jalan lain menumbangkan BN kecuali dengan Gabungan ini"

Sementara ahli Politik Muda Datu Mohd Arshad Abd Mualap (PPRS) dalam satu kenyataan beliau di Kota Kinabalu berkata "PPRS menolak Parti yang ada kaitan dengan Parti Malaya, dan meminta rakyat memberi peluang kepada parti tempatan untuk memperbetulkan keadaan' dan mereka telah memohon menyertai Gabungan Sabah.

Ini jelas menunjukkan pemimpin-pemimpin ini mempunyai kepedulian yang tinggi, menyedari apa yang rakyat mahukan iaitu penyatuan. Jelasnya Parti- parti politik di Sabah sudah terlalu banyak dan memerlukan peralihan paradigma politik dan menyatukan Kekuatan demi rakyat Sabah.

Namun masih ada pihak diluar sana bercakap tak serupa bikin, mengganggap parti terlalu banyak, walhal mereka sendiri juga menubuhkan parti baharu.

Setiap dari kita perlu sedar "bekerja sebagai satu pasukan Sabah, menggumpul kemahiran pelbagai, lebih baik dari sebuah kelab bersendirian" Bagaimanapun masih ada ruang masa biarpun jalan semakin sempit.


OTONOMI! BERGABUNG DEMI SABAH!

0 comments:

Post a Comment