Suatu masa, perkataan "otonomi" juga sukar dimengerti oleh ramai orang terutamanya penyokong UMNO. Pada masa sekarang ada dikalangan orang UMNO yang menyertai parti pembangkang turut melaungkan "otonomi", ia cukup baik.
Permulaan bagi kita Sabahan dan generasi akan datang untuk mengenali apa yang disebut sebagai Hak kita Sabahan berdasarkan dokumen yang dimeterai bagi membentuk Malaysia.
Jika tidak siapa memulakannya, adakah anda mengetahuinya hari ini?
Tetapi Datuk Dr Jeffery Kitingan, Datuk Seri Yong Teck Lee, Datuk Hj Mohd Noor dikecam kerana mau bersuara untuk Rakyat Sabah hanya kerana mereka mengambil risiko supaya media nasional membuka mata, para penganalisa, pelajar dan sesiapa juga mula sedar, hak sabah bukan setakat minyak dan gas.
Sekeping foto menunjukkan DDJK bersalaman dengan Najib Razak sudah dijaja ke sana kemari, dalam whatsapp ataupun di Facebook dan media lain. Menjadi bahan serangan untuk mempersoalkan tindakan mereka. Lantas melupakan persoalan sebenar, "bongkah batu takkan pecah jika hanya dilihat" kalau tak dipecahkan ruyung, mana dapat sagunya"
Tetapi ramai pula dipihak parti lain mahupun pembangkang memperolok tindakan tersebut dan mencap pemimpin Gabungan sebagai Mesra Umno kononnya, walhal selama berpuluh tahun mereka berpeluk dengan umno. Kini setelah hilang jawatan, barulah berteriak sampai serak tentang hak Sabah!
Hari ini yang mula bercakap tentang hak Sabah, Sabah IC, dapat tahu dari mana? Kalau bukan dari tindakan berani DDJK, Datuk Yong dan Datuk Mohd Noor.
Tapi mereka mula lagak sebagai hero filem Kamal Hassan! Anda mengerti maksud saya, tumbuknya belum sampai, bunyi saja yang kuat.
Adakah kita mau menuding jari pada pejuang hak?
dikala mereka terus berjuang, tidakkah terdetik dalam hati kalian, mana Salleh, mana Rahman, Mana Rosnah dan lain-lain lagi?
Mungkin ramai orang yang taksub pada partinya akan terus menjaja cerita, tapi saya yakin ramai masyarakat diluar sana yang berakal, tentu memahaminya.
TJ @ KK
0 comments:
Post a Comment