4:21 PM
0
Seawal pagi, biasanya saya menunggu panggilan dan bual-bual dengan pimpinan muda lain dari seluruh Sabah, bertanya khabar dan menjawap whatsapp. Tapi bukanlah dengan Presiden-presiden ataupun Pengerusi Gabungan. Apa sangatlah kedudukan saya kerana ramai lagi Gabungan Council, dan Ahli Majlis Tertinggi Kanan yang lebih layak dihubungi oleh mereka berbanding saya. Lagipun saya tumpu pada gerakan muda.

Agak menghairankan bila post dan photo saya mula diperolok oleh beberapa penulis Warisan,  berbagai cara dilakukan mereka, walhal saya lebih tumpukan menghentam BN. Kadang-kadang saya tertanya balik, siapa musuh mereka. Dan Blog saya bukanlah bertujuan hentam Warisan tetapi untuk menulis apa yang sedang berlaku dalam Gabungan Sabah.

Seikhlasnya saya tidaklah kagum sangat dengan jelajah warisan di sana sini, bolehlah kalau mau dikatakan hebat, banyak kritikan dan ada yang berkata warisan "banyak duit", dan tentu tidak kurangnya menggelar mereka "Warisan/Barisan". Tapi itu persepsi masyarakat diluar sana

Bagi saya, impak perjumpaan hanyalah media, kerana yg hadir punya sejuta sebab untuk hadir, mendengar, mungkin ada tambang, mungkin ada kenderaan disediakan, mungkin ada saguhati, ada tshirt free, dan berbagai lagi sebab yang belum boleh diterjemahkan kepada undi.

Dalam beberapa kes lepas, wang bertukar tangan dan orang tengah yang dapat untung lebih. Ada kes pada pra pilihanraya lepas, kedengaran ada peserta hanya dibayar RM10 walhal orang tengah memungut bakinya RM20. Bayangkan jika ada 100 orang. Tiap seorang hanya dapat RM10, tapi orang tengah pungut RM20 setiap orangnya. Ini hanyalah apa yang berlaku pada pengalaman lepas.

Merujuk pada kehadiran, tidaklah menghairankan, hatta UMNO sering melakukannya untuk meningkatkan jumlah "crowd", maka ramailah pemain import dibawa masuk, untuk menambah serinya acara itu, malu juga kalau kerusinya banyak yang kosong. Pemain import ini boleh diurus hadir dari daerah lain. Taktik ini memang berkesan. Apatah lagi jika menggunakan mereka yang tidak punya pengenalan yang sah.

Saya bercakap berdasarkan pengalaman lepas. Tapi mungkin situasi hari ini tidak jauh beza, tapi itu strategi dan taktik yang biasa dalam politik, bukan perkara baru.

Seperti bila ada perlawanan bola, stadium penuh kalau ada ganjaran tiket free.

Nampaknya kesan kebangkitan Gabungan Sabah dengan beberapa rakan baru, memberikan lebih impak, bila kita diserang lagi bertubi kali. Apa buruknya Bersatu dan berpadu tenaga. Walhal dulu selepas pru13, cerita kedai kopi bukan main lagi dengan marahnya "KALAU KALI INI MASIH LAGI PARTI SESAMA PEMBANGKANG TIDAK BERSATU, INDADALAH HARAPAN ITU, TATAP KAMI UNDI BN'

Hanya Gabungan Sabah nampaknya yang berusaha untuk merealisasikan impian rakyat demi menumbangkan BN, agar Parti tidak bertembung sesama sendiri, tidak pecah undi, kalau pecah, memang beri kelebihan pada BN. Pemimpin sanggup mengetepikan semua kepentingan peribadi, ego dan bersedia bekerja bersama, malah berunding membahagikan kerusi secara keluarga dan akur dengan keputusan pimpinan Gabungan. Barulah "Sabahans United"

Wasalam.

0 comments:

Post a Comment