TUKAR KERAJAAN
Melalui GABUNGAN SABAH
Kepada semua Sabahan,
2015 merupakan tahun yang amat baik buat kita semua, apabila pemimpin politik pembangkang, mula mengorak langkah bersama dalam memperjuangkan Sabah, hak hasil Sabah, Hak Peribumi Sabah, Hak generasi Sabahan pada masa depan, apa yang sepatutnya tiap Sabahan miliki, sepatutnya kita kecapi, seharusnya yang menjadi milik kita telah menjadi milik orang lain, semakin hari semakin jauh dari jangkauan.
Gabungan Sabah satu-satunya pakatan pembangkang yang terus meniti dibibir masyarakat dewasa ini. Menjadi ancaman kepada Barisan Nasional, mahupun Pakatan Harapan, kerana politik Malaya penjajah "pecah dan perintah" sudah tidak terpakai di zaman baru ini.
Gabungan Sabah diperkuatkan oleh empat Parti Politik iaitu SAPP, STAR, PHRS dan PPRS. Meskipun PCS akhirnya berpaling tadah, mengkhianati perjuangan untuk Rakyat dan lebih kepada memperjuangkan untuk kepentingan peribadi mereka, sedikitpun tidak menunjukkan kesan atau sebarang impak. Jauh dari angan-angan dan tanggapan PCS bahawa GS akan berkecai.
Ini adalah kerana GABUNGAN SABAH terdiri dari parti yang mempunyai keazaman, kekuatan di peringkat akar umbi, kepedulian tinggi terhadap aspirasi dan cita-cita rakyat Sabah yang begitu kecewa dengan keputusan pada pilihanraya ke-13.
Berasaskan kekuatan parti-parti ini yang terus menerus menganjurkan program mendekati rakyat sudah menampakkan bahawa angin Sabah bakal bertukar drastik dalam beberapa bulan menjelang pilihanraya.
Kehadiran Warisan pimpinan Shafie mantan Naib Presiden UMNO yang awalnya gagah mengemudi jelajah ke seluruh Sabah, nampak semakin longgar. Ini adalah kerana politik lumayan yang sama rentaknya dengan UMNO, apatah lagi hubungan rapatnya mereka dengan PPBM pimpinan Mahathir yang banyak mencipta kerosakan di Sabah dengan projek IC nya jelas menggambarkan Warisan tidak lebih kepada sinetron bermusim.
Cengkaman mereka terus beransur longgar, PCS pula hilang arah, Pakatan Harapan terus dalam dilema bilamana rakyat mula beralih kepercayaan pada pakatan Pembangkang Tempatan. Akhirnya Grand Alliance hanyalah impian kosong yang tidak langsung menonjolkan kesungguhan.
Politik tamak di Sabah harus berhenti, pemimpin Sabah hari ini begitu lekas melupakan kemahuan rakyat, ramai yang mementingkan diri sendiri, malah sifat ego memburukkan keadaan.
Gabungan Sabah dibawah pimpinan Datuk Haji Mohd Noor Mansor satu-satunya pilihan SABAHAN yang tinggal untuk *TUKAR KERAJAAN UMNO/BN DI SABAH*
Kita tidak mau sekadar ubah, ubah bermaksud hanya ubah kedudukan, ubah sini, ubah sana, rombak itu, rombak ini, untuk perhiasan. Ubah tidak akan memberikan kita peluang menikmati impian Sabahan berasaskan Perjanjian Malaysia 1963.
Rakyat Sabah jangan mudah terpesong dengan politik hadiah, elaun kehadiran, wang upah tubuh cawangan, kerana itu semua gula-gula UMNO dan parti yang turut mengamalkannya adalah bertindak sama membeli undi anda, dan sudahnya kita akan melalui 5 tahun yang sama, keluar dari mulut harimau, masuk pula ke mulut naga.
Kita perlu *TUKAR* kerajaan yang ada sekarang, menukar bermakna membuang yang lama dan menukar kepada sistem pemerintahan yang baru.
Kita harus *TUKAR* kerajaan yang gagal ini, kepada kerajaan diasas, diolah, dipimpin oleh Parti Tempatan yang langsung tiada hubungan dengan Parti Malaya. Cukuplah penindasan politik yang kita alami menghampiri 54 tahun.
Tanpa Malaya, Sabah baru boleh bangkit, memperjuangkan hak tanpa segan silu, tak perlu lagi berlapik, berhelo-helo, kata-kata berbunga, terlalu bersopan santun, merendah diri. Tak perlu terlalu mengawasi tindakan untuk mengambil hati. Kita perlu tegas, kerana semua peruntukan perlembagaan Sabah sudah lebih dari mencukupi untuk kita berdiri di atas kaki sendiri. Dulu semua ini mungkin hanya disedari oleh segelintir pemimpin, tapi hari ini semakin ramai yang mengetahuinya. *Jadi* Kenapa perlu lagi Malaya?
Mereka yang gemar menconteng arang dan menuduh Gabungan Sabah sebagai ejen BN adalah mereka yang ketandusan idea, tiada matlamat dan masih mau memperhambakan kita Sabahan menjadi Khadam seumur hidup, tiada keazaman, tiada jati diri, malah orang yang hanya pentingkan jawatan, pangkat dan kedudukan. Untuk apa kita ikut mereka yang hanya ada keinginan *UBAH*, lebih baik kita *TUKAR* kerajaan yang sedia ada dengan GABUNGAN SABAH.
TJBlogspot.my
Weston
0 comments:
Post a Comment