2:59 AM
0
Saya pernah menyebut dalam tulisan saya yang lalu, bahawa Gabungan Sabah akan terus berkembang dengan anggota baru sedikit masa kerana beberapa buah parti menunjukkan minat terhadap perjuangan Gabungan Sabah yang diinspirasikan oleh kehendak rakyat Sabah.

Desakan mereka agar parti-parti tempatan segera merapatkan saf bagi membedil ketumbukan UMNO dan Barisan Nasional disusuli dengan berbagai bentuk kesedaran, adalah fenomena baru politik Sabah. Rakyat mahukan suara mereka didengar, dan pemimpin Gabungan Sabah diketuai oleh Datuk Haji Mohd Noor Mansor, serta Presiden Star Datuk Dr Jeffery Kitingan, PCS Datuk Seri Wilfred Bumburing, SAPP Datuk Seri Yong Teck Lee menyahut saranan rakyat sebagai satu amanah. 

Presiden Harapan  Datuk Seri Hj Lajim Ukin tidak menunggu lama sebaik parti mereka selesai dilancarkan turut menyanggupi tugas berat ini demi memenuhi kehendak Sabahan. Mereka turut menyedari, tiada parti dapat mengharungi pilihanraya secara bersendirian.

Kini PARTI PERPADUAN RAKYAT SABAH (PPRS) yang dipimpin oleh orang yang muda,  Datu Mohd Arshad Abdul Mualap, parti yang berpengkalan di Pantai Timur Sabah cekal mengharungi jelajahnya dimerata tempat, turut menyahut cabaran rakyat dan  mengambil keputusan untuk menyertai Gabungan Sabah.

Dalam kenyataan akhbar hari ini jelas memaparkan niat murni mereka untuk menyertai Gabungan.

 Inilah yang menjadi inspirasi dan galakan serta menambah keyakinan rakyat bahawa Parti tempatan mengorak langkah bersama untuk menumbangkan BN dan merealisasikan impian rakyat TEAM SABAH LAWAN TEAM BN. 

Kita berharap ada lagi parti-parti tempatan yang bersedia bergabung bersama, kerana hanya dengan bekerjasama sahaja, SABAH AKAN BEBAS DARI BELENGGU PENJAJAHAN ALAF BARU. Bersatu kita teguh, BERCERAI KITA DIJAJAH. 

GABUNGAN SABAH, SATU MISI DEMI RAKYAT! AUTONOMI!

0 comments:

Post a Comment