2:05 AM
0
Saya tertarik kepada 3 soalan seorang netizen, berikut adalah soalannya dan saya berikan jawapan kepada soalan tersebut dan ini merupakan pandangan menurut pengetahuan saya sendiri.


Soalan (1)
Adakah Gabungan USA bakal berkesn untuk memerintah Sabah sedangkan kita sedang melawan Gabungan Barisan Nasional yang kita pembangkang nampak gagal

Jawapan: 
Sudah pasti berkesan, kerana Gabungan Sabah ujud atas aspirasi rakyat berbilang kaum dan agama selepas pru13. Menurut pendapat rakyat, semua parti perlu bersatu dan bekerjasama kerana pada pru13, pertembungan sesama sendiri menyebabkan BN menang dengan mudah. Apatah lagi BN mempunyai kuasa dalam Jabatan Kerajaan, menggunakan politik wang dan hadiah seperti tangki biru, zink dan sebagainya serta politik sogokan melalui BR1M, bantuan warga emas, bantuan one off pekebun kecil dan lain-lain lagi. Atas sebab itu parti-parti bergabung untuk menumbangkan BN. Kerana hanya dengan bergabung sajalah boleh memberikan keyakinan kepada rakyat. Dalam hal berkaitan juga, semangat Sabah For Sabahan-Sabahans For Sabah akan makin kuat untuk menentang bukan saja BN tetapi Parti-parti Malaya dan proxy mereka di Sabah.

Soalan (2)
Adakah Gabungan parti-parti politik tertentu boleh menjanjikan majority yang boleh menumbangkan BN?

Jawapan; 
sudah pasti, kerana seperti diatas, ujudnya Gabungan Sabah kerana ianya kehendak rakyat. Gabungan Sabah pasti mempunyai majoriti yang besar kerana tahap kesedaran rakyat sejak 2 tahun GS ditubuhkan sangat tinggi. Akan tetapi majority yang dilihat hari ini akan musnah sekiranya ada parti-parti lain bertanding juga untuk memecahkan undi.

Soalan (3)
Gabungan dibentuk daripada beberapa buah parti dan setiap parti itu ada ego dan angkuhnya. Bolehkah Gabungan mencapai satu konsensus terutama dari segi memilih siapa ketua yang sehingga ke hari ini belum ada Gabungan ini nyatakan secara terbuka siapa yang akan memimpin Gabungan mereka?

Jawapan; 
Gabungan Sabah merupakan satu bukti jalinan kerjasama, komitmen, kredibiliti, ketabahan, disiplin yang tinggi, semangat setiakawan, semangat kekeluargaan dan keinginan untuk merealisasikan impian rakyat berdasarkan perjuangan mengembalikan Hak Sabah sesuai dengan MA63 dan 20 points. Maka tertubuhnya Gabungan ini dengan sendiri menjawap, parti-parti yang dalam Gabungan tiada sifat ego, sentiasa bermusyawarah untuk menjamin kesepakatan itu menjadi lebih kukuh. Keputusan konsensus akan menjadi lebih mudah. Lagipun sudah ditandatangani Piagam dan deklarasi Gabungan pada Nov 2016.

GABUNGAN SABAH kini sudah ditubuhkan lebih 2 tahun, soal siapakah akan menjadi ketua hanya akan diumumkan apabila tiba masanya kelak. Lagipun beberapa buah parti lagi kemungkinan akan menyertai GS dalam masa terdekat. 

Sifat tidak terburu-buru ini melambangkan KEJITUAN PERJUANGAN dan bukan berasaskan JAWATAN. jika berjuang untuk Jawatan dan pangkat maka Gabungan tidak akan dapat ditubuhkan seperti hari ini. Gabungan adalah simbol kekuatan Sabahan, kerana pemimpin Gabungan Sabah boleh melupakan perbezaan pendapat dan menumpukan perjuangan autonomi untuk Sabah. Malah matlamat dan arah tuju Gabungan amat jelas dengan 15 points Teras Gabungan Sabah untuk Sabah yang lebih baik. Sesiapa juga yang mengetuai Gabungan kelak akan berjuang berasaskan teras perjuangan tersebut.

Tj/KK

0 comments:

Post a Comment