20/12/2016 (SELASA) Saya menghadiri Majlis Pelancaran Parti Harapan Rakyat Sabah pimpinan DSP Lajim Hj Ukin. Nampaknya ramai juga yg hadir dan menampakkan kelainan bila turut dihadiri Pemimpin dan ahli dari Parti SAPP, STAR dan PCS serta Datuk John OT Ghani turut hadir atas kapasiti peribadi.
Cabaran yg mereka lalui tidak ada beza dgn parti lain yg baru ditubuhkan seperti menyusun jentera diperingkat Bahagian dan berbagai lagi keperluan yg perlu dilunaskan. Kepimpinan Harapan begitu berani mengadakan perhimpunan pada hari dan waktu bekerja, pada pengamatan saya sekitar 1 ribu orang hadir dari seluruh Sabah. secara jujurnya saya hanya tertarik mendengar ucapan DSP LAJIM dan Ketua Wanita Harapan. Begitupun, kita perlu memberi pemimpin muda yang lain dimasa akan datang untuk membaiki mutu penyampaian mereka.
Dalam usia Harapan yg masih muda, banyak juga saya dengar rentetan peristiwa yg menggugat prestasi. Apatah lagi minggu lepas, parti warisan pimpinan Shafie mengadakan acara tidak jauh dari rumah DSP Lajim, suatu permainan politik yg kurang matang oleh Warisan. Apakala semua pihak dimanapun mau melihat penyatuan, Warisan pula menganjurkan perjumpaan di lokasi tidak jauh dari Kediaman DSP Lajim, umpama suatu serangan hendap di kubu kuat Harapan. Bagi saya, kita harus bersedia memahami dimanakah kita boleh mencelah dan mengelakkan dari bersikap Kurang ajar. Begitupun, ahli-ahli Parti Harapan Rakyat ramai yg saya cukup kenal, seringkali bertukar pendapat dan bicara politik, tentu sekali hubungan erat ini akan lebih kukuh lagi apabila HARAPAN menyertai keluarga GABUNGAN SABAH dalam masa terdekat.
Saya memetik ucapan DSP Yong Teck Lee, Presiden SAPP semasa Pelancaran Gabungan Sabah bulan lepas, dimana beliau telah meramalkan kerajaan yang ada hari ini bakal tumbang dan parti-parti tempatan akan menerajui kerajaan sekaligus memimpin Sabah dengan kuasa Autonomi sepenuhnya. Malah beliau menekankan pentingnya SABAH IC untuk membezakan anak negeri Sabah dengan Pendatang Asing yang memiliki mykad melalui Projek IC. Yang menariknya, Presiden HARAPAN SABAH DSP Lajim turut membangkitkan isu yang sama dan ia merupakan satu mutual understanding yang semakin kuat dijalin bagi melumpuhkan MYKAD PALSU, IC Projek serta jalan terbaik bagi Sabahans.
Begitupun masih ada lagi suara-suara sumbang akan terus kedengaran menafikan perpaduan rakyat Sabah melalui Gabungan Sabah. Usaha menyebarkan menifesto Gabungan Sabah setelah dipersetujui secara bersama kelak akan memberikan peluang dan nafas baru bagi Sabahans khususnya. syukran
0 comments:
Post a Comment