Bukan laluan mudah bagi 406 orang daripada 1,600 orang pekerja SFI, menunggu bayaran tunggakan kenaikan gaji sejak Januari 2016 berdasarkan peraturan syarikat seksyen 11.1.13 sehingga ke tarikh artikel ini ditulis, ianya belum dilunaskan.
Untuk rekod SFI Sdn Bhd merupakan sebuah Syarikat pengilang memproses pulpa dan kertas terbesar di Malaysia. Telah beberapa kali bertukar tangan setelah dijual oleh Kerajaan Sabah. Kilang tersebut terletak di Kg Pantai Sipitang.
Menurut sumber, beberapa hari lalu, sebutan kes dihadapan Pegawai Kanan Jabatan Tenaga Kerja telah dilakukan, pihak pekerja yang diketuai oleh Kamal Mustapha dengan tegas menuntut bayaran kenaikan gaji sebanyak 60%-80% mengikut gred gaji kakitangan SFI bagi 2016 dilunaskan, sementara pihak majikan mereka SFI berkata sebaliknya. Kes ini ditunda pula ke suatu tarikh ditetapkan kelak.
Bayangkan penantian mereka sejak Januari 2016, 100 orang pekerja mewakili warga SFI terpaksa mengadakan bantahan aman pada bulan oktober tahun lalu, yang turut disaksikan wakil dari JTKS dan wakil Pejabat Perhubungan Perusahaan. Tuntutan mereka ialah pembayaran kenaikan gaji dan tunggakan, Dimana majikan mereka bersetuju untuk berunding bagi meleraikan keadaan, tetapi akhirnya mereka tiba di pejabat JTKS untuk sebutan kes pada bulan Januari 2017, belum nampak sinar dan mereka masih tabah harungi dugaan.
"HORMATI PEKERJA SEBAGAI RAKAN KONGSI SYARIKAT"
"HORMATI PEKERJA SEBAGAI RAKAN KONGSI SYARIKAT"
Kamal Mustapha yang mengetuai Badan Bertindak Pekerja SFI (BBPS) pastinya mempunyai sebab jelas memperjuangkan hak mereka.
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya, kemanakah pihak berkuasa lainnya dalam membela nasib pekerja tempatan, anak-anak Sabah sendiri. Sementara Zahid sebok mengambil 1.6 juta pekerja Bangladesh. Manakah keadilan buat mereka di SFI, sedangkan Malaysia sanggup menderma untuk negara luar?
0 comments:
Post a Comment