9:18 PM
0
TOLAK UMNO, TOLAK BN, TOLAK PARTI MALAYA, DAN PARTI YANG BERSEKONGKOL DENGANNYA. Apabila kita membuka mata setiap hari, dan memulakan langkah, pastinya sinar mentari yang di tunggu-tunggu. Begitulah juga dengan Sabahan hari ini, setelah kerajaan yang dipelopori oleh UMNO gagal memberikan sinar harapan malah semakin menggigit kehidupan rakyat, mereka menunggu sinar mentari kembali menyinari bumi Sabah. Memerdekakan mereka dari kemalaratan yang makin mencengkam, ancaman kepupusan dek kebanjiran PTI dan hak yang makin sirna di balik awan Malaya.

Dalam tempoh seminggu, seolah ada semangat bagi Sabahan apabila melihat senario politik penyatuan melalui GABUNGAN SABAH (USA) makin berkembang, membutirkan geliga harapan buat mereka sebagai sandaran. Wajah-wajah yang agak muram dan kusam, mula mengukir senyuman penuh harapan.

Pergerakan Pemuda menyedari, imej Gabungan Sabah pada masa sekarang hanya dilihat dari imbasan pemimpin berpengalaman, mula mengorak langkah pro-aktif membuat perubahan sebagai cerminan perjuangan Gabungan Sabah turut dipelopori oleh golongan pemikir muda, profesional dan berkemahiran dalam pelbagai bidang. Pemuda SAPP memulakan langkah menganjurkan program suai kenal dengan wakil-wakil Pemuda Parti PCS yang diketuai oleh Hasmin Azroy Abdullah, Wiramuda Parti Star yang dipimpin oleh Feddrine Tuliang dan Pemuda Parti Harapan Rakyat Sabah yang diketuai oleh Ir. Jovilis Majami.

Sekalipun ini merupakan pertemuan pertama bagi ke empat-empat sayap pemuda ini, saya dapat gambarkan suasana perbualan kami begitu rancak, saling menyambung topik untuk memperkenalkan organisasi, hingga kepada perbincangan lebih serius berkaitan aktiviti yang boleh digarap secara bersama, serta topik diluar politik kepada isu yang dihadapi rakyat. Sepertinya kami sudah saling mengenali dan memahami kehendak mereka yang lain. Perbualan yang diselang dengan gelak tawa amat meyakinkan saya bahawa perjalanan Pemuda Gabungan dihari mendatang pastinya lebih berjaya.  KAMI MENGUCAPKAN GONG XI FATT CHAI, XIN JIN CIN FU KEPADA SEMUA YANG MERAYAKAN TAHUN BARU CINA 2017, SEMOGA ANDA SEMUA HIDUP DALAM KECERIAAN DAN BEROLEH REZEKI YANG BAIK TAHUN INI MESKIPUN KOS SARA HIDUP MENINGKAT DAN GST YG MENCENGKAM KEHIDUPAN.







0 comments:

Post a Comment