Saturday, January 14, 2017

MYKAD PTI HANYA LAKU DISABAH?

MYKAD PTI HANYA LAKU DISABAH?
MYKAD BOLEH LUPUT/DI-NYAH AKTIF
SELEPAS PILIHANRAYA?
Meskipun ianya satu teori, tetapi banyak kejadian yang boleh menyokong apa yang saya dakwa ini telah berlaku. Di Sabah amat kurang kedengaran tangkapan warga asing yang memiliki MYKAD, berbanding di Malaya. Acapkali kita menonton dan membaca, tangkapan warga asing yang membeli mykad, warga asing ditangkap kerana memiliki MYKAD PALSU, dan dipenghujung pasti disebut SABAH.
Tidakkah pemimpin merasa malu? ibarat pemimpin ini tidak ada biji untuk menentang apa yang dilihat sebagai KEHANCURAN. Pembersihan orang Sabah dengan cara mengganti mereka dengan orang asing dibuat secara leluasa tanpa segan dan tanpa rasa takut.
Dimanakah undang2 ini sebenarnya, seharusnya yang tidak boleh lolos di pintu keluar menaiki pesawat dari Sabah dan masuk pula ke Malaya.. sewenang-wenangnya.
Bukankah itu petanda bahawa TEORI saya mengatakan "MYKAD PTI HANYA LAKU/VALID DI SABAH, dan di nyah aktif selepas pilihanraya, aktif semula semasa pilihanraya.
Sejauh mana pemimpin kita walau apapun partinya menyedari hakikat ini. Semakin lama, kita bakal menjadi pelarian di bumi sendiri.
Dulu, orang-orang tua kita sering berpesan, supaya kita berusaha membuka tanah, mendapatkannya, membina rumah untuk hari tua dan anak cucu, kerana nenek moyang kita beranggapan, cucu cicitnya perlukan jaminan untuk menempuhi kehidupan di masa akan datang.
Hari ini, kita selaku penerus generasi mendatang pula harus bersiap-siaga, kerana musuh generasi kita sedang berada dimana-mana, yang menjadi hak sudah semakin terlucut dari pegangan kita, Sabah yang kita kenal bakal jadi milik orang lain, jika kita tidak bertindak.
Polarisasi kaum, dan ditambah pula rencahnya dengan peningkatan PENDUDUK SABAH berbanding Sarawak.. Kuat sangatkah Kita buat anak??? Perjuangan ku tentang menentang Pemberian MYKAD kepada warga asing masih belum selesai, selagi ianya belum diselesaikan oleh kerajaan, maka selama itulah kita bakal menyaksikan orang mempunyai MYKAD yang hanya laku di Sabah terus berjalan, bersenang lenang di bumi Sabah.
Sabah siapa yang punya? jika Federal mengganggap SABAH ini MALAYSIA yang punya, mengapa tidak menyelamatkan SABAH dari angkara kemusnahan ini??? adakah Federal mau menjual SABAH kepada negara luar? Jika tidak, kenapa tiada tindakan?
Maka Teori ini nampaknya semakin tepat, tinggal saja "SIAPA DALANGNYA", RCI terus bungkam seribu bahasa, Jawatankuasa Teknikal tidak lagi kedengaran bunyinya, senyap atau disenyapkan? mana perginya kredibiliti kerajaan hari ini? Lantas kemana rakyat harus mengadu? kemana generasi kita dimasa depan?
TJ Jamain
Ketua Pemuda SAPP,
10 Dis 2016 @ KK, 5.36pm

No comments:

Post a Comment