"Rakyat Sabah sedang ditipu dan dikelirukan setiap hari oleh PM dan CM Sabah berkaitan pembinaan Lebuhraya Pan-Borneo. Ia adalah tidak lebih daripada gimik pilihan raya dan tiupan trompet di lebuh raya yang pembinaannya sudah 35 tahun terlewat " Kata Datuk Dr Jeffrey Kitingan, ADUN Bingkor, sebagai maklum balas kepada retorik Lebuhraya berkenaan selepas PM Najib melancarkan short Lahad Datu strech pada hari Isnin lepas. "Apa yang ada untuk dicanang dan bercakap gah tentang Lebuhraya Pan-Borneo apabila ianya sepatutnya telah dibina dari tahun 1980-an, disebalik janji-janji besar yang dibuat pada tahun 1962 dan 1963 untuk membangunkan Sabah yang mendorong Sabah supaya bersetuju untuk melepaskan 60% daripada hasil cukai untuk menampung kos pembangunan dan keselamatan? "tanya Dr. Jeffrey.
Lebuhraya Utara-Selatan di Malaya
"Apa yang ada untuk dibanggakan apabila tidak ada lebuhraya duahala dibina untuk menghubungkan Kota Belud, Kudat, Tambunan, Keningau atau Tongod? Bahkan beberapa jalan raya yang sedia ada adalah seperti tidak ujud, malah ada yang berombak di air yang tenang di luar Kota Kinabalu. " "Apa yang ada untuk bercakap besar mengenainya apabila terdapat hanya lima jejambat dengan 3 dalam proses pembinaan di seluruh Sabah, yang mana keluasan Sabah lebih besar daripada 6 negeri  di Malaya?"
"Apa yang ada untuk bercakap besar apabila hampir semua jalan kampung terutamanya di kawasan pedalaman adalah jalan batu kerikil, Jalan berlumpur atau trek bekas pembalakan dan ramai penduduk kampung bergantung kepada air hujan atau air graviti dari bukit-bukit?"
 "Apa yang ada untuk bercakap besar tentang Pan-Borneo yang mempunyai 4 lorong, sedangkan lebuh raya di Malaya Sudah 8-lorong dan 10 lorong? jalan kampung di Pekan Jementah di Johor pun adalah sebuah lebuh raya empat lorong baru dan berturap?" tambah Dr. Jeffrey . Walaupun kerajaan persekutuan menghentikan semua pembangunan jalan raya di Malaya dan menyalurkan semua sumber untuk Sabah dan Sarawak, ia akan mengambil masa 20 tahun untuk membangunkan jalan raya untuk Sabah untuk mencapai sehingga berada di tahap yang sama seperti Malaya. Itulah bagaimana Sabah jauh ketinggalan di belakang Malaya. Namun bagi berpuluh-puluh bilion ringgit yang diambil dari Sabah setiap tahun, dengan tambahan RM16.66 bilion daripada medan minyak baru di Malikai bermula lewat bulan ini, rakyat Sabah sedang dibuai dengan retorik Lebuhraya Pan-Borneo seolah-olah ia adalah anugerah Tuhan.
Dari perspektif lain, Kerajaan Persekutuan akan membelanjakan RM55 bilion pada Rail Link Pantai Timur dari Pelabuhan Klang ke Terengganu dan Kelantan, yang hanya akan memberi manfaat kepada hanya segelintir rakyat Sabah dan Sarawak apabila mereka menggunakan kemudahan kereta api ini. Namun, pembayaran balik RM55 bilion pinjaman itu nampaknya dari minyak dan gas yang dicuri dari Sabah dan Sarawak.
PM dan rakyat Malaya harus berterima kasih kepada Sabah dan Sarawak untuk apa yang mereka sedang nikmati dari segi pembangunan jalan raya di Malaya. Jika tidak kerana hasil minyak dan gas dari Sabah dan Sarawak, beberapa jalan raya di Malaya masih berkeadan  berlumpur atau jalan raya batu kelikir.
Jika PM dan Sabah CM ingin berkata apa-apa yang baik tentang lebuh raya di Sabah, Mereka seharusnya dengan serta-merta mengumumkan RM55 bilion Itu akan diperuntukkan untuk membina lebuh raya, jambatan dan jalan luar bandar di Sabah, semua sama rata dimeterai, bagi penggunaan dan manfaat semua rakyat Malaysia di Sabah. Jika tidak, "it is better to remain silent, for silence is golden", seperti kata pepatah. Datuk Dr Jeffrey Kitingan

0 comments:

Post a Comment