SIAPA BANTU BN BUNUH GABUNGAN SABAH?
Sistem dan cara tulisan keroyok begini amat lawak lahir dari penyair dan penulis blog, seperti budak mengamuk kena marah lepas mengotorkan buku tulisnya oleh guru atau bapanya.
Walhal, dia telah cuba menulis dengan baik, tetapi akhirnya mula menunjuk ego yang nampak bebal pada fikiran saya. Childish. Nampak sangat cuba tunjuk "sufi" dipenjuru, tetapi ditengah kainnya terselak luas.
Bacalah kesemua artikel saya, tiada satupun menulis meremehkan parti mereka secara spesifik. Saya buat cara berhemah. Akan tetapi serangan dibuat oleh mereka seperti lagak samseng, membuktikan telahan ramai orang, Gabungan Sabah menjadi ancaman
Sifatnya "ancaman" bagi musuhnya adalah mengoyak dan membunuh saki baki kekuatan. Tapi itu sebenarnya tidak berlaku disini, justeru memberi bayangan yang mula jelas di kertas scatch, dari samar mulai terang.
Musuh mereka bukan BN, tapi Gabungan Sabah. Tindakan liar mereka, memberi ruang kepada BN untuk bernafas lega, kerana tidak perlu lagi BN hentam Gabungan Sabah, sebaliknya sudah ada sahabat setia bersedia lakukannya dengan cara apapun.
0 comments:
Post a Comment
Click to see the code!
To insert emoticon you must added at least one space before the code.