AGENDA BORNEO vs AGENDA MALAYA.
Apabila 2017 meninggalkan kita kelmarin, dan membuka lembaran 2018 hari ini, setidak-tidaknya kita harus menelaah dan merenung kembali peristiwa yang berlaku di Sabah khususnya dalam tempoh setahun. Bagaimanapun tulisan saya kali ini membicarakan perkembangan Gabungan Sabah.
Apabila 2017 meninggalkan kita kelmarin, dan membuka lembaran 2018 hari ini, setidak-tidaknya kita harus menelaah dan merenung kembali peristiwa yang berlaku di Sabah khususnya dalam tempoh setahun. Bagaimanapun tulisan saya kali ini membicarakan perkembangan Gabungan Sabah.
Gabungan Sabah yang di Pengerusikan oleh Tokoh Politik Veteren dan mantan Menteri Kewangan Sabah Datuk Haji Mohd Noor Mansor terus mekar apabila 2 parti lagi menyertainya iaitu Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat) pimpinan Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin yang juga Ahli Dewan Negeri N.25 Klias dan Parti Perpaduan Rakyat Sabah (PPRS) pimpinan Saudara Mohd Arshad Abdul Mualap, seorang pemikir muda yang mempunyai ketokohan tersendiri.
Konvensyen GS Zon Kota Kinabalu, Sepanggar dan Penampang |
Gabungan Sabah sebelum itu disertai oleh Parti Maju Sabah (SAPP) pimpinan mantan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Yong Teck Lee dan Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) pimpinan Ahli Dewan Undangan Negeri Bingkor Datuk Dr Jeffery Kitingan.
Pada tahun 2015 di awal penubuhan Gabungan Sabah, Parti Cinta Sabah (PCS) pimpinan Dr Nicholas Guntabon yang kemudian diambil alih oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Tamparuli Datuk Seri Panglima Wilfred Bumburing turut berada dalam pasukan tersebut. Namun akibat beberapa isu yang timbul antaranya isu perlantikan Ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri yang begitu hangat diperkatakan, selain pemimpin PCS menyanyikan senandung berbeza dalam Gabungan Sabah, yang pada akhirnya seperti dijangka PCS angkat punggung keluar dari Gabungan.
Datuk Dr Jeffery Kitingan |
Apakah yang bermain dibenak kepimpinan PCS hanya mereka yang boleh menjawapnya. Ianya tidak mematahkan sedikitpun keserasian di dalam Gabungan Sabah malah semakin diperkuat dengan berbagai acara dianjurkan bersama tanpa sebarang masalah. Ibarat sebuah rumah, Gabungan Sabah dilengkapkan bukan sahaja dengan keberadaannya yang serba sederhana, tetapi dihuni oleh sebuah keluarga besar yang menjunjung perjuangan yang sama, bahasa yang sama, malah bertindak secara seragam dan terus digeruni bukan sahaja oleh Barisan Nasional tetapi juga disegani dikalangan parti pembangkang yang lain. Berbagai cabaran dan cubaan untuk meruntuhkan Gabungan Sabah, tetapi semuanya gagal, malah tambah memperkuatkan kesatuan dan kejituan.
Konvensyen Gabungan Sabah dianjurkan di seluruh Residensi atau Bandar besar, kecuali di Sandakan dan Tawau yang dijangka diadakan pada tahun ini sebelum Konvensyen terbesar Gabungan Sabah di Peringkat Nasional bakal dianjurkan pada awal bulan Mac 2018.
Datuk Seri Panglima Hj Lajim Hj Ukin |
Disebabkan Gabungan Sabah terdiri dari Gabungan pemimpin berpengalaman dan anak-anak muda yang berani dan gigih didalam Gabungan Muda Sabah (GEMA) serta diperkuatkan pula oleh kelompok wanita berdedikasi didalam Wanita Gabungan Sabah (Wanita GS), serta Wanita Muda (Wadah) diperelok lagi dengan paduan suara memerdekakan Sabah dari belenggu kolonisasi Malaya, Gabungan Sabah sentiasa dicemburui dengan penampilannya yang serba ringkas tetapi cukup berdisiplin.
Datuk Seri Yong Teck Lee |
Gabungan Sabah juga tidak lari dari terus dilemparkan dengan fitnah dan tohmahan, tetapi dapat ditangkis satu persatu. Pernah seorang sahabat berkata, "isu lompat sepertinya tidak lagi dapat diperkatakan, kerana kebanyakkan YB bukannya melompat untuk kesenangan peribadi ke dalam BN, tetapi memilih bersama Parti tempatan"
Arshad Abd Mualap, PPRS |
a, sesiapa juga yang cuba mengolok "Katak" pasti akan terkena batang hidung sendiri. Ada yang menyalahkan Pemimpin Gabungan Sabah kerana bertindak keluar dari PBS pada tahun 1994. Tetapi kurang yang mengetahui apa sebenarnya tindakan Tan Sri Pairin sehingga menyebabkan mereka keluar dari PBS. Apabila Nahkoda terlupa peta pelayarannya, maka anak kapal harus bertindak menyelamatkan perjuangan masing-masing, kerana kapal berlayar tanpa kompas perjuangan asal, janji destinasi tidak lagi sama seperti dilakar pada asalnya 1985. Jika anda memahaminya maka ianya menjadi sangat mudah.
Persoalannya dimanakah Pairin dan PBS hari ini? Bukankah kembali mencium buntut Barisan Nasional. Kalau 1994 Lajim, Rubin Balang dan beberapa orang lagi dicop sebagai Katak. bukankah peristiwa PBS menyertai semula BN semasa zaman Mahathir masih berkuasa adalah tindakan seperti Biawak, lebih besar dari katak? Pernahkah anda bertanya kenapa PBS membuat U-turn?
Politik Sabah terus mengalami pergolakkan, sesuatu yang Malaya dan BN mahukan. Lebih banyak berpecah, maka lebih mudah diperintah.
Munculnya Warisan yang kini masih dalam proses pengambil-alihan Parti oleh Mantan Menteri UMNO KKLW dan Naib Presiden UMNO Datuk Seri Shafie Apdal. sebagaimana semua sedia maklum, Okt tahun lalu beliau dan beberapa pemimpin Warisan ditahan oleh SPRM berhubung beberapa kes melibatkan peruntukan KKLW. Bagaimanapun, usah membicarakan kes berkenaan kerana ianya belum di dakwa di Mahkamah. Mungkin saja ianya taktik kotor Malaya yang mencuba menakut-nakutkan orang Sabah. Ianya pernah berlaku pada Datuk Seri Yong Teck Lee, disaat SAPP melancarkan gerakan Undi Tidak Percaya pada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, dan SAPP merancang keluar dari Barisan Nasional pada tahun 2008, Datuk Seri Yong mulanya menerima tawaran sebagai Senator dan Pengerusi BIMP EAGA bertaraf Menteri, Tetapi beliau menolaknya dan terus bertindak keluar dari BN. Selepas itu datang pula isu kononnya Datuk Seri akan dipanggil oleh SPRM. Tidak menunggu dipanggil, Datuk Seri Yong pergi ke pejabat SPRM, tetapi pegawai berkenaan tidak pula meneruskan siasatan. Sehingga kini isu itu terus bungkam tanpa ada lagi susulan. Nakal perbuatan mereka.
Muncul lagi Parti lain seperti PAN, PKS dan beberapa lagi yang juga menduga nasib, samada lautan itu punya ikan untuk dipancing ataupun tidak.
Ribuan orang di Batu Sumpah Keningau |
semoga kita saling bersatu, bergabung dan menuju pembentukan sebuah kerajaan Berotonomi, tidak dibawah selangkangan Malaya, bebas menentukan halatujunya.
No comments:
Post a Comment