Begitu mudah memahami apa maksud Gabungan, Bergabung, bekerjasama, bersatu, berpadu, tetapi kerana taksub, pentingkan diri, melupakan apa yang rakyat inginkan, menyebabkan sesetengah pihak mula mendendangkan bahasa yang sebaliknya.
Inilah "habit" atas sifat dengki, berniat buruk, lupa pada musuh sebenar mereka iaitu UMNO dan BN, atau mereka memang orang UMNO dan BN yang bertopengkan dan berlakon sebagai pembangkang.
Kenapa bergabung?
KERANA inilah kehendak rakyat untuk melihat parti-parti tempatan bersatu dan bekerja sebagai satu pasukan, bagi mengelakkan pertembungan sesama sendiri.
KERANA kita perlu memaksimumkan kekuatan menentang BN, yang sudah dikenali dengan politik wang, politik hadiah, politik kebajikan dan berbagai bentuk ole-ole pilihanraya yang bakal menggelapkan mata sesetengah orang.
KERANA kita perlukan kerajaan yang dibentuk di SABAH adalah kerajaan yang BerAUTONOMI sepenuhnya, tanpa dipengaruhi oleh kuasa politik Malaya.
KERANA Pilihanraya kali ini ialah Pilihanraya Negeri yang berasingan dengan Pilihanraya Umum, BELUM TERDAPAT KEPERLUAN BEKERJASAMA DIPERINGKAT FEDERAL.
KERANA hanya dengan bergabung memberi keyakinan kepada rakyat, betapa serius dan pentingnya memperjuangkan hak Sabah berasaskan MA63 dan 20P MELEBIHI KEPENTINGAN PERIBADI, DENDAM PERIBADI, JAWATAN KETUA MENTERI.
KERANA hanya bergabung membuktikan keikhlasan berjuang untuk merealisasikan impian rakyat agar formula 1 lawan 1 menjadi kenyataan.
Tiap tiap parti ditubuhkan MEMANG BERTUJUAN MENYATUKAN RAKYAT, akan tetapi apa yang rakyat mahukan adalah PENYATUAN PARTI POLITIK TEMPATAN!
GABUNGAN KINI ADALAH KERJASAMA 5 BUAH PARTI TEMPATAN, PCS, STAR, SAPP, HARAPAN DAN PPRS. Sehingga artikel ini ditulis, dikhabarkan ada lagi beberapa parti kini menunjulkan minat untuk mewujudkan kerjasama dan bergabung dengan Gabungan Sabah. Sudah pasti berita baik buat SABAHAN yang dahagakan perubahan.
Bersatu kita teguh, BERCERAI KITA DIJAJAH!
No comments:
Post a Comment