10:54 PM
0
6 hari bermalam di luar shoping complex, tidur beralaskan kotak, datang jauh dari Kudat, tanpa bantuan dari mana-mana pihak, samada Syarikat atau badan berwajib, bayangkan penderitaan mereka keluarga mangsa bot karam pulau mengalum.

Dimanakah silapnya, ditengah pegawai dan pihak berwajib sebok menemui wartawan untuk menggilap berita sensasi, bot catamaran membawa pelancong dari negara China karam di pukul ombak semasa dalam perjalanan ke Pulau Menggalum, melupakan ada keluarga miskin yang terpaksa tidur diluar kompleks membeli belah. Makankah mereka? Bagaimana keadaan kesihatan? Anak-anak turut bersama, apa kah nasib ini harus mereka terima?

Setidak-tidaknya kita bersyukur masih tidur selesa di rumah, tapi nasib keluarga salah seorang mangsa, seolah-olah sudah jatuh ditimpa tangga. Sebaik mendengar perkhabaran bot karam dimana salah seorang adalah ahli keluarga ini terus ke Kota Kinabalu bagi mendengar dan melihat sendiri perkhabaran. Dengan sedikit duit, mereka tidak mempunyai pilihan selain menjadikan kakilima pusat membeli belah berhampiran jeti dimana bot itu berpengkalan sebagai tempat tidur sementara.

Bayangkanlah, tidur mereka tak nyenyak, orang pula lalu lalang, terpaksa menunggu kawasan itu lengang, barulah boleh melelapkan mata, untung nasib pegawai keselamatan bangunan berkenaan tidak menghalau mereka. Bukan satu malam, tapi 6 malam yang memenatkan. Keluarga berbangsa Bajau Ubian berasal dari Kudat ini adalah masyarakat miskin. Saya sendiri tidak dapat membayangkan keadaan perit demikian. Menunggu khabar dan berdoa ahli keluarga mereka masih selamat dan ditemukan, atau mereka pasrah menunggu jasad yang sudah kaku untuk mereka semadikan. Itulah harapan mereka. Perasaan demikian amat dirasai tatkala kita sendiri juga pernah mengalami peristiwa serupa.

Nasib keluarga malang ini akhirnya diketahui oleh Clifford F. Sivagu yang lantas segera menemui mereka. Clifford yang juga Exco Pemuda SAPP akhirnya memaklumkan penemuannya kepada rakan dan kepimpinan parti agar dapat diketemukan jalan bagi membantu mereka.

 "Kebajikan keluarga itu perlu kita utamakan, kita mesti bantu", demikian mesej dari Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee kepada kita tengahmalam 1hb Feb, 2017.

Akhirnya Clifford, bersama John Stephen dan Chin Wui Kai 3 pemimpin SAPP, meredah kesejukan malam menghampiri keluarga ini, yang terkejut dengan kehadiran mereka. Sifat prihatian Clifford ini terpapar pada matanya yang berkaca, sedih melihat keadaan keluarga berkenaan. Salah seorang waris menceritakan kepada John Stephen dan Chin tentang musibah yang mereka alami.  kemudian menguruskan tempat tinggal sementara di Back Packer Lodge pada jam 3 pagi. Agar keluarga ini dapat berehat dengan selesa, membersihkan diri dan sebagainya.


Datuk Yong sendiri telah bergegas bertemu dengan keluarga berkenaan pada pagi ini dan memberikan bantuan keperluan mereka seperti sepatutnya pihak diluar sana berikan. Begitulah sifat keprihatinan beliau yang tidak mengira apa keturunan maupun agama.

Sekeping photo dari Clifford telah mengubah sedikit keadaan keluarga ini, meskipun ianya masih belum dapat mengubat kerisauan mereka akan nasib yang menimpa mangsa  yang juga pekerja bot malang tersebut.

Semoga tuhan memberikan mereka keringanan, dan menemukan kembali keluarga yang hilang.

0 comments:

Post a Comment