Pemimpin Gabungan Sabah (USA) menerima dan menghadiri jemputan rasmi daripada Majlis Rumah Terbuka sempena Tahun Baru Cina anjuran Parti Warisan di dewan Sjk Kian Kok, Kota Kinabalu, membuktikan keikhlasan dan keterbukaan Gabungan Sabah.
Di media sosial, samada whatsapp dan facebook, sentiasa meminta agar parti bersatu menentang rejim BN/UMNO. Begitupun, Gabungan Sabah (USA) dibantai semahunya meskipun sudah berulang kali menegaskan, USA tidak pernah menolak kerjasama dengan parti tempatan lain seperti Warisan, PPRS, Perpaduan, PKS dan sebagainya, demi perjuangan membebaskan Sabah dari belenggu UMNO dan Barisan Nasional.
Meskipun disebalik kenyataan kurang matang Timbalan Presiden Warisan Darrel Leiking bahawa Warisan akan bertanding keseluruhan kerusi DUN dan Parlimen, Gabungan Sabah tetap dengan pendirian untuk meluaskan kerjasama agar apa yang dicita-citakan rakyat '1 on 1" menentang BN terlaksana, bagi meningkatkan peluang Pembangkang Sabah menentang 'politik wang' dan 'politik hadiah' tajaan BN semasa pilihanraya kelak.
Sebelum ini, Gabungan Sabah telah beberapakali menjemput Shafie hadir ke acara anjuran mereka antaranya Sabah Day di Kota Marudu pada 31 Ogos, 2016, Keningau 916 pada 16 Sept, 2016 di Keningau, upacara pelancaran Piagam Gabungan pada 20 Nov, 2016. Bagaimanapun Shafie dan Warisan tidak hadir. Memburukkan lagi keadaan ialah ucapan-ucapan di beberapa tempat seolah menutup peluang kerjasama.
Pemimpin Gabungan Sabah yang tidak pernah memutuskan jambatan, terus cekal mengharungi segala cabaran, demi merealisasikan impian rakyat yang sudah bosan dengan UMNO yang gagal membawa perubahan di Sabah, keinginan Sabahan agar pembangkang bersatu demi mereka.
Apakah CNY ini merupakan permulaan perbincangan yang baik selepas ini, atau Warisan masih memainkan rentak solonya? Dan Gabungan Sabah yang terdiri dari SAPP, PCS, STAR DAN HARAPAN RAKYAT memulakan orkestra demi Sabah? Apakah PPRS, Perpaduan dan Parti tempatan lainnya akan mengubah haluan menyertai Gabungan Sabah? Sama-sama kita tunggu. Bersatu kita teguh, bercerai kita dijajah!
No comments:
Post a Comment