Saturday, January 14, 2017

SLOGAN SABAHANS FOR SABAH BUKAN MILIK WARISAN

Bahawa ISMAILY BONGSU dari WARISAN mendakwa, merekalah yang mula-mula menggunakan slogan "SABAHANS FOR SABAH". Ianya suatu penipuan fakta dan adalah SANGAT TIDAK TEPAT dan cuba mendabik dada. Sebenarnya Slogan itu mula dikumandangkan oleh Gabungan Sabah dan NGO-NGO pro Gabungan Sabah seperti Mosik, GenY, Sorak Sabah, SSU (UK) dan banyak lagi. Maka saya perbetulkan kenyataan itu untuk tatapan anda berasaskan fakta sebenar.
PHOTO 1 - SEHELAI KAIN RENTANG YANG DILIPAT BERBENTUK SEGI EMPAT TEPAT
Sabah For Sabahans sebenarnya sudah direntang awal setahun di Black Sunday 2.0 @ Gaya Street 9/8/2015, KAIN RENTANG ini telah cuba dirampas oleh Pihak Polis pada waktu tersebut, bagaimanapun mereka tidak berjaya apabila anggota Sorak Sabah berjaya menyelamatkannya sehingga salah seorang EXCO Pemuda mengalami kecederaan dalam cubaan pihak polis merampasnya.
Black Sunday 2.0 juga buat pertama kali mempromosikan semula bendera kemerdekaan Sabah 1963 dimana ramai kalangan masyarakat sendiri yang terkejut dan baru mendapat tahu Bendera itu adalah bendera kemerdekaan menggantikan Union Jack pada tanggal 16 Sept, 1963 dan turut menjadi alas "watikah terima jawatan" oleh TYT Tun Datu Mustapha sebagai TYT yang pertama dan Tun Donald Stephen sebagai Ketua menteri yang Pertama. di Kain rentang tersebut sebenarnya pada bahagian sebelah kiri bawah memang sengaja dikosongkan untuk kegunaan dimasa depan.
Setelah setahun lamanya, Pergerakan Pemuda SAPP membawa kain rentang itu semula dan kita merancang membuat sedikit gimik bagi menghidupkan program Sabah Day 2016 di Kota Marudu. Maka kita menjemput Datuk Hj Mohamad Noor Mansoor Pengerui Gabungan, YB Datuk Wilfred Bumburing Presiden PCS, YB Datuk Dr Jeffery Kitingan Presiden STAR, Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee Presiden SAPP, Datuk Kalakau Untol, Puan Jornah Mojihim (Pengerusi Penganjur) dan Puan Melanie Chia untuk melengkap beberapa huruf yang dikosongkan, kemudian kain yang dilipat itu direntang untuk tatapan yang hadir berbunyi "KEMBALIKAN HAK SABAH 1963, SABAH FOR SABAHANS dengan lakaran wajah TYT pertama dan CM Pertama.
PHOTO NO 3 DALAM KENYATAAN ISMAILY WARISAN
2 individu yang digambarkan ialah Gen Y dan ahli STAR Cik Iseul dari Keningau dan En. Ben Besinter ahli NGO SSU (UK) dari Membakut sedang memeggang kain mapla atau selendang yang bertulis "SUPPORT GABUNGAN, SABAHANS FOR SABAH" yang didakwa Ismaily sebagai bertukar slogan dan terikut-ikut dengan slogan Warisan.
Photo ini dirakamkan pada 20hb November 2016 ketika majlis PELANCARAN PIAGAM GABUNGAN SABAH di Dewan Hakka, Kota Kinabalu. Kain selendang atau skaf mapla berwarna hitam dengan perkataan Support Gabungan, SABAHANS FOR SABAH sudah dibuat oleh Pergerakan Pemuda SAPP pada 13 Sept 2015 dan mula dijual sejak tarikh 16 Sept 2015 di Keningau.
photo menunjukkan kain rentang ini mula dipakai sejak 16 Sept 2015 di Keningau. Sebenarnya 16 hari sebelum itu, bertempat di RANAU, Slogan SABAHANS FOR SABAH sudah dilakar di baju-baju GenY dan banyak NGO sejak 31 Ogos 2015.
for the record Warisan baru saja menggunakannya baru-baru ini, apakala Gabungan Sabah dan NGO Pro Sabah telah menggunakannya sudah lama dan dikala orang Warisan masih dalam UMNO dan Parti Malaya.
Ismaily mendakwa dia telah berbincang dgn Shafie untuk menggunakan slogan tersebut dan mendakwa merekalah menciptanya. sorie brother, itu kenyataan songsang.
Saya ingin menyingkap apa yang mula digunakan oleh mereka sebelum ini, mereka gunakan slogan "UNTUK SABAH KITA BANGUN, DEMI RAKYAT KITA LAWAN" itu yang sebenarnya dicipta oleh warisan atau Ismaily atau sesiapa juga di dalam warisan. seingat saya terdapat satu photo mengesahkannya ketika kami turut menghadiri perjumpaan anjuran Shafie Apdal di Membakut semasa Warisan sedang dalam proses penubuhannya. Photo bersama Jaujan ADUN Sulabayan.
maka dari itu, SLOGAN ini sebenarnya boleh digunakan oleh sesiapapun, tidak kira Parti, NGO ataupun Individu, tetapi janganlah cuba mengubah fakta yang bakal memalukan diri sendiri. sebaiknya gunakan saja tanpa mendabik dada mengaku menciptanya.

No comments:

Post a Comment